Pengaruh Falun Dafa, selidik dulu sebelum ikuti sebarang senaman — Mufti


  • Massa
  • Khamis, 17 Feb 2022

ANTARA umat Islam yang mengikuti ajaran Falun Dafa melalui yoga dan membuat senaman spritual. — Facebook Ahmad Iqram Mohamad Noor

UMAT Islam sepatutnya lebih berhati-hati ketika mengamalkan sebarang jasmani bagi mengelak terjerumus dalam agama ataupun ajaran baharu yang semakin banyak di merata negara, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamed Shukri Mohamed.

Beliau membangkitkan perkara itu bagi mengulas mengenai isu ajaran baharu, Falun Dafa yang menyebarkan ajaran mereka melalui yoga dan membuat senaman spritual.

mufti kelantan

MOHAMED Shukri berkata, umat Islam perlu ada sensitiviti yang tinggi dan sentiasa memelihara akidah. — The Star

Mohamed Shukri berkata, jika dilihat senaman yoga secara zahirnya kelihatan normal untuk diamalkan namun secara falsafah sebaliknya kerana takut ada terlibat acara keagamaan.

"Jika senaman yang dianjurkan itu melibatkan agama tidak boleh diikuti. Oleh itu, seseorang Muslim itu perlulah membuat kajian.

"Jika boleh tanya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terlebih dahulu jika senaman itu dibolehkan untuk orang Islam," katanya kepada Majoriti.

Menurut Mufti Kelantan itu, banyak pilihan jasmani lain yang boleh dilakukan oleh umat Islam seperti bermain badminton, berjoging tetapi kenapa perlu mengikuti acara senaman sebegitu rupa.

Oleh itu, beliau mengingatkan kepada umat Islam untuk mempunyai sensitiviti yang tinggi dan sentiasa memelihara akidah dalam kehidupan seharian ekoran modus operandi ajaran baharu itu akan masuk ke sekolah dan tarik orang Islam untuk masuk ke Falun Dafa.

"Mengenai banner digantung itu, kita memang akui kadang-kadang lambat dan tidak dapat maklumat. Tapi kita yang Muslim perlu selidiki dahulu," katanya saat ditanya mengenai pemasangan banner ajaran itu di billboard dekat Ampang dan di Jalan Gombak-Genting dengan tulisan 'Falun Dafa Baik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram