GERAKAN agama baru semakin hari semakin banyak dan mereka juga berani menyebarkan ajaran mereka secara terang-terangan sehingga membuat perhimpunan beramai-ramai untuk menyebarkan fahaman.
Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Iqram Mohamad Noor menerusi perkongsian di laman Facebooknya, berkata gerakan agama baharu dari China, Falun Dafa memperkenalkan konsep kuasa dalaman yang dikenali sebagai Qiong.
"Qi adalah fahaman masyarakat Cina yang percaya bahawa kuasa Qi yang ada di dalam diri seseorang.
"Gerakan ini percaya setiap orang ada roh purba yang mana roh tu akan melalui kitaran reinkernasi iaitu manusia akan lahir semula dalam manusia lain. Konsep ini yang dibawa oleh pengasas Fulan Dafa Li Hongzi, " katanya.
Hongzhi mula memperkenalkan Falun Dafa secara rasmi di Changcun, China pada tahun 1992 dan ajaran Falun Dafa juga tersebar di Eropah, Asia, Amerika, Australia sehinggalah ajaran itu sudah bertapak di 114 negara.
Menurut Ahmad Iqram, di China, ajaran baru itu menafikan bahawa mereka adalah gerakan agama baru tetapi jika dilihat dari konsep ajarannya, jelas ianya adalah ajaran agama.
"Bila bercakap soal roh purba, kuasa dalaman, soal adanya Tuhan beroperasi. Itu adalah membentuk agama dan imej kedudukan Hongzi (menunjukkan gambar Hongzi) memberi gambaran bahawa itu adalah imej seorang Buddha duduk atas bunga Teratai.
"Dalam fahaman Buddha, kalau bunga teratai berwarna merah, itu adalah melambangkan dewa tertinggi seperti Buddha Kuan Yin dalam fahaman Buddha.
"Dalam gambar pengasasnya terlihat imej cahaya enlightment di belakangnya yang menunjukkan konsep Siddharta Gautama Buddha mendapat pencerahan. Malah, pakaian dia pun seperti seorang Buddha," katanya.
Ajaran Fulan Dafa juga mempunyai dua buku iaitu Zhuan Falun dan Falun Gong yang mana memperkenalkan konsep ajaran agama.
Lebih menyeramkan, ajaran baharu itu pernah membuat perhimpunan di Malaysia dan mengikuti perarakan pada 31 Ogos 2019.
Ahmad Iqram berkata, untuk mengenal pasti ajaran itu, gerakan mereka akan bermeditasi seperti yoga dan membuat senaman spritual tetapi pada masa yang sama akan mengedarkan risalah termasuklah pamphlet 'Falun Dafa Baik' kepada pelajar-pelajar.
Disebabkan Falun Dafa mengajar amalan keagamaan dalam bentuk senaman dan yoga, masyarakat Melayu Islam ramai yang terpengaruh mengikuti amalan ajaran agama baharu itu.
"Mereka akan masuk ke sekolah, orang Islam dan mereka akan cuba tarik untuk masuk ke Falun Dafa.
"Banner mereka ada di Malaysia dan salah satunya billboard di Ampang dan di jalan Gombak - Genting billboard yang tertulis 'Falun Dafa Baik'," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram