Ingin kediaman tampak berani, penuh karakter? Ikuti 10 tip dekorasi konsep maksimalisme


  • Hias
  • Isnin, 26 Jan 2026

Dengan gaya maksimalisme, bina lapisan hiasan secara berperingkat dengan menambah corak, tekstur dan objek dari semasa ke semasa. — Gambar hiasan/Agensi

SUKA suasana rumah bergaya maksimalisme tetapi tidak tahu hendak bermula dari mana?

Berikut 10 tip mudah membantu anda mencipta gaya tersebut di ruang kediaman.

1. Pilih tema warna

Tentukan palet warna utama terlebih dahulu, kemudian bermain dalam julat warna itu supaya ruang kelihatan serasi dan tidak bercelaru.

BACA LAGI: Evolusi kediaman 2026, antara sentuhan klasik dan seni pencahayaan

BACA LAGI: Ibu bapa adu beg sekolah anak terlalu berat, ada yang cadang gunaan buku teks digital, iPad untuk kurangkan bebanan murid

Cenderamata perjalanan, buku, karya seni dan koleksi peribadi menceritakan kisah diri anda, jadi pamerkannya dengan bangga. — The Star

2. Mulakan satu elemen utama

Pilih satu item yang menonjol seperti sofa, kerusi, karya seni atau permaidani untuk menjadi fokus ruang.

3. Jadikan dinding sebagai kanvas

Kertas dinding, mural atau susunan galeri gambar membantu menampilkan gaya maksimalisme tanpa membuat lantai kelihatan sempit.

4. Campur corak dengan yakin

Corak bunga, jalur, polka dot dan geometri boleh digabungkan dengan yakin, asalkan pemilihannya dibuat secara berani dan terancang.

5. Seimbangkan elemen berani dengan ringkas

Biarkan beberapa elemen kekal sederhana seperti langsir polos atau dinding neutral supaya hiasan menonjol lebih terserlah.

6. Berlapis, bukan berlebihan

Maksimalisme bukan tentang meletakkan semua sekali gus, tetapi membina lapisan corak, tekstur dan objek secara berperingkat.

7. Fikir secara berkumpulan, bukan satu-satu

Susun karya seni, kusyen atau objek dalam kumpulan untuk menghasilkan aliran visual yang menarik.

8. Pamerkan apa anda suka

Cenderamata perjalanan, buku, seni dan koleksi peribadi mencerminkan cerita diri anda, jadi pamerkan dengan bangga.

9. Guna semula sebelum membeli baharu

Hidupkan semula perabot lama dengan cat, fabrik baharu atau aksesori untuk menambahkan karakter dengan segera.

10. Percayakan naluri sendiri

Jika ia membuat anda gembira, ia layak berada di situ. Maksimalisme ialah tentang mengekspresikan diri dengan berani. — The Star/MING TEOH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram