HAMPIR seminggu tiada khabar, rindu yang terpendam membuatkan seorang isteri menangis atas sejadah.
Apa yang lebih menyakitkan, tiada pertengkaran berlaku, tetapi suaminya tetap hilang tanpa jawapan.
Itu apa yang berlaku terhadap seorang wanita berkongsi pengalamannya di Threads.
BACA LAGI: Komunikasi dan saling tolak ansur bantu Wany Hasrita hadap hubungan PJJ
BACA LAGI: Wanita gusar kakak ipar nak 'tumpang' tinggal di rumah, alasan enggan menyewa sendiri, suami PJJ
Beliau mendedahkan bagaimana suaminya tiba-tiba menghilang komunikasi hampir seminggu semasa perhubungan jarak jauh (PJJ).
"Siapa je tak terasa apabila kena sidai dengan suami sendiri hampir seminggu. Panggilan telefon tak jawab, mesej tak balas.
"Meraung menangis atas sejadah sampai tertidur sebab rindu dia," kongsinya.
Beliau menambah, walaupun suaminya kemudian menghubungi untuk bertanya tentang kitaran haidnya kerana mahu pulang bertemu beliau tidak menginginkan 'itu'.
"Saya taknak itu, saya nak dia minta maaf je," tegasnya.
Dalam perkongsian itu, wanita berkenaan juga menceritakan rutin mereka sebelum ini.
Suaminya sering pulang bertemunya dan anak setiap hujung minggu, dari Jumaat hingga Ahad.
Namun, sebaik kembali ke Pahang, komunikasi mereka hanya terhad melalui panggilan video atau WhatsApp.
"Saya hantar mesej lepas Isyak, lepas itu pun tengah malam dan selepas Subuh.
"Tiada jawapan pun," luahnya lagi.
Katanya, itu bukan pengalaman pertama yang dialaminya.
“Setiap kali PJJ memang saya banyak kena palau. Tiba-tiba hilang. Takde angin takde ribut, kena ghosting (menghilang)," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
