Bapa kahwin lagi 6 bulan selepas kematian bonda, anak luah 'penat' terpaksa urus pembahagian semula harta


  • Bonda
  • Isnin, 19 Jan 2026

Anak-anak terpaksa urus pembahagian harta semula akibat kesihatan bapa yang lemah selepas berkahwin semula. — Gambar hiasan/Janaan AI

HANYA enam bulan selepas kematian bonda tercinta, seorang bapa mengejutkan anak-anak apabila mengumumkan hasrat untuk berkahwin lagi.

Keputusan itu memaksa anak-anak terpaksa mengurus semula pembahagian harta kerana bapa kini jatuh sakit dan ingin memastikan semua urusan berjalan lancar.

Menurut perkongsian seorang wanita yang juga anak sulung menerusi akaun Threads miliknya, bapa mereka pernah merentan dan menangis setiap kali membincangkan hasratnya untuk berkahwin.

BACA LAGI: Rumah 'dollhouse' gergasi, keunikan seni bina Manhattan Nature di Chengdu

BACA LAGI: Enggan keluarga berbalah pasal harta, Cecilia Cheung dah sediakan wasiat, pakaian pengebumian

Anak-anak yang sudah dewasa pada ketika itu segera bertindak apabila bapa hampir mahu berkahwin dengan seorang ustazah yang mempunyai enam hingga tujuh orang anak.

"Kami tidak boleh setuju. Masa itu, adik bongsu kami pun dah berusia 23 tahun, tiba-tiba nak kena jaga anak orang lain.

"Jadi kami bepakat untuk tidak membenarkan ayah kahwin dengannya," katanya.

Akhirnya, bapa tersebut memilih untuk berkahwin dengan seorang janda tanpa anak.

Walaupun berat hati, mereka terpaksa setuju demi ayah.

Hubungan dengan ibu tiri dikatakan tidak begitu mesra.

Tambahnya lagi, bapanya kini semakin kerap jatuh sakit, menyebabkan anak-anak perlu mengambil alih tanggungjawab mengurus semula pembahagian harta.

Ia selepas bapa mereka mahu memastikan hak warisan dibahagikan secara adil antara anak-anak dan isteri baharu supaya tiada masalah timbul selepas beliau tiada.

"Saya anak sulung, jadi tempat ayah meluahkan rancangan. Dia nak bagi separuh kepada makcik, separuh lagi kepada kami.

"Kalau tunggu selepas dia tiada, tidak tentu adik-beradik lain akan ikut apa yang dia mahukan," katanya.

Kini, beliau dan adik-beradiknya terpaksa membuat beberapa kunjungan ke pejabat tanah bagi menyelesaikan urusan pembahagian harta semula, memastikan semuanya berjalan lancar sebelum bapa terus uzur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram