Enggan keluarga berbalah pasal harta, Cecilia Cheung dah sediakan wasiat, pakaian pengebumian


  • Bonda
  • Rabu, 24 Dis 2025

Cecilia Cheung mendedahkan bahawa sudah menyediakan wasiat lebih awal bagi mengelakkan sebarang pertikaian berkaitan harta selepas pemergiannya kelak.

PELAKON terkenal Hong Kong, Cecilia Cheung menarik perhatian ramai apabila berkongsi secara terbuka pandangannya tentang kematian, dengan mengakui dia tidak takut untuk menghadapinya suatu hari nanti.

Menerusi rancangan variasi The Blooming Journey 2, aktres berusia 45 tahun itu mendedahkan bahawa beliau sudah menyediakan wasiat lebih awal dengan bantuan peguam bagi mengelakkan sebarang pertikaian berkaitan harta selepas pemergiannya kelak.

“Saya tidak mahu sesiapa bergaduh kerana wang selepas saya tiada,” katanya.

BACA LAGI: Tak mahu isteri pandang lelaki lain, suami tergamak siram air panas hingga melecur ketika tidur, mangsa nekad fail saman

BACA LAGI: Suami ugut bayar RM50,000 kalau nak cerai? Peguam jelas hak isteri, bongkar helah pasangan ambil kesempatan

Cecilia turut berkongsi bahawa sudah memilih sendiri gambar kenangan dan pakaian pengebumian kerana mahu segala urusan terakhirnya diatur dengan rapi mengikut kehendak sendiri.

“Saya tidak takut mati. Jika tiba masanya, saya boleh pergi bila-bila,” ujarnya tenang.

Apabila ditanya mengenai anak-anaknya, Cecilia berkata, beliau tidak terlalu bimbang tentang kehidupan mereka selepas ketiadaannya.

“Saya mencintai anak-anak saya sebaik mungkin selagi saya masih hidup. Apabila saya sudah tiada, mereka perlu belajar mencintai diri sendiri,” katanya.

Cecilia merupakan ibu kepada tiga orang anak lelaki iaitu Lucas (18), Quintus (15) dan Marcus berusia 7 tahun. 

Lucas dan Quintus adalah hasil perkahwinannya bersama pelakon, Nicholas Tse pada 2006 hingga 2011, manakala identiti bapa kepada anak bongsunya, Marcus masih dirahsiakan.

Menurut laporan Sohu News, Cecilia Cheung memiliki beberapa kediaman mewah di Hong Kong, Beijing dan Shanghai, China. 

Selain bergiat aktif dalam dunia lakonan, beliau turut menjana pendapatan melalui kontrak pengiklanan serta jualan secara penstriman langsung.

Berdasarkan anggaran kekayaan sekitar 1 bilion yuan, nilai tersebut bersamaan kira-kira RM660 juta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram