Bukan saja berkhasiat, ini 5 manfaat air rendaman nanas ramai tak tahu, nombor 3 paling mengejutkan!


  • Sihat
  • Khamis, 15 Jan 2026

Segelas air rendaman nanas membantu melancarkan sistem pencernaan. — Gambar janaan AI

DALAM rutin harian wanita, masalah perubahan hormon dan usaha menjaga berat badan sering menjadi cabaran.

Justeru, pilihan minuman memainkan peranan lebih besar daripada yang disangka.

Tanpa disedari, minuman bergula yang diambil setiap hari boleh memberi kesan kepada tenaga, pencernaan dan kesihatan secara keseluruhan.

BACA LAGI: Tak kisah beza usia 38 tahun, pempengaruh pilih kahwin dengan guru sekolah menengah, bukan kerana harta

BACA LAGI: Tempoh 12 tahun perkahwinan, lelaki ini ada cara tersendiri tangani 'overthinking' isteri

Air rendaman nanas membantu hidrasi tubuh dan menyokong kesihatan wanita secara semula jadi. — Gambar janaan AI

Atas sebab itu, air rendaman nanas mula menjadi pilihan sebagai alternatif semula jadi yang lebih ringan, menyegarkan dan rendah kalori.

Berbanding minuman manis bergula tinggi, air rendaman nanas rendah kalori, rendah gula dan mengandungi nutrien penting seperti vitamin C, serat, mangan serta enzim semula jadi.

Menurut pakar pemakanan yang dipetik daripada Healthy and Indian Express, berikut adalah manfaat utama minuman ini.

1. Membantu hidrasi tubuh

Pengambilan air yang mencukupi penting bagi memastikan fungsi tubuh berjalan dengan baik.

Air rendaman nanas boleh membantu meningkatkan tahap hidrasi kerana rasanya yang lebih menarik berbanding air kosong.

Pakar diet berdaftar (RDN) dari New York, Nicole Stefanow berkata, penambahan perisa semula jadi seperti nanas boleh menggalakkan individu untuk minum air dalam kuantiti yang mencukupi terutamanya mereka yang kurang gemar air tawar.

2. Menyokong kesihatan pencernaan

Air rendaman nanas juga dipercayai membantu sistem pencernaan.

Stefanow menjelaskan bahawa pengambilannya di antara waktu makan boleh menyokong pencernaan yang lebih lancar.

Menurut pakar pemakanan kanan di Hospital Dharmashila Narayana, Delhi, Payal Sharma, nanas mengandungi enzim bromelain yang berperanan memecahkan protein, sekali gus membantu mengurangkan rasa kembung dan melancarkan pergerakan usus.

Air rendaman nanas bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga membantu menyokong sistem imun dan pencernaan. — Gambar janaan AI

3. Bantu mengurangkan keradangan

Bromelain yang terdapat dalam nanas bersifat larut air dan mempunyai kesan anti-radang.

Pakar diet, Arielle Dani Lebovitz berkata, pengambilan air nanas boleh memberi manfaat kepada individu yang mengalami keradangan kronik.

Kajian turut menunjukkan bromelain berpotensi membantu mengurangkan keradangan sinus serta memendekkan tempoh simptom sinusitis akut.

4. Alternatif kawal berat badan

Air rendaman nanas boleh dijadikan pengganti minuman manis harian.

Dengan kandungan kalori dan gula yang lebih rendah, pengambilannya membantu mengurangkan asupan gula harian.

Bagi individu yang menjaga berat badan terutama wanita, pilihan minuman ini dilihat lebih selamat kerana memberikan rasa segar tanpa menambah pengambilan kalori berlebihan.

5. Menyokong sistem imun

Selain menyegarkan, air rendaman nanas turut menyumbang kepada sokongan sistem imun.

Menurut Stefanow, nanas merupakan sumber vitamin C dan mangan yang baik, dua nutrien penting dalam fungsi pertahanan badan.

Dalam secawan nanas segar, terdapat sekitar 79 miligram vitamin C, bersamaan 88 peratus daripada keperluan harian, serta 67 peratus keperluan mangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram