SEORANG pereka fesyen Franco-Portugal, Clara Borde mencuri tumpuan ramai selepas mengolah unofficial merchandise legenda bola sepak, Cristiano Ronaldo menjadi koleksi fesyen eksklusif melalui projeknya, CR7 Bootlegacy.
Projek itu difahamkan bermula daripada minat peribadi beliau untuk memakai barangan tidak rasmi pemain bola sepak itu ke stadium.
Dalam satu temu bual bersama Hype Beast Arabia, Clara berkata, beliau mahu membawa perspektifnya sendiri dalam dunia bola sepak yang selama ini banyak didominasi oleh lelaki.
BACA LAGI: Kuasa 'pretend play', bagaimana mainan kembangkan imaginasi kanak-kanak
BACA LAGI: 'Orang tak tahu susah kita', MUA terpaksa bawa 2 anak OKU mekap klien, tenang ada depan mata
"Budaya bola sepak sentiasa berpusatkan lelaki, jadi saya bentuk semula objek ini menjadi gaun, skirt dan siluet bersesuaian," katanya.
Beliau menjelaskan, projek ini juga merupakan penghormatan kepada Ronaldo yang dianggapnya sebagai pemain bola sepak terhebat dalam sejarah.
"Setiap rekaan adalah cara saya menghormati legasi Ronaldo sambil membawa perspektif wanita ke dunia bola sepak," tambahnya.
"Projek CR7 Bootlegacy kini menjadi contoh bagaimana kreativiti peribadi dan minat terhadap sukan boleh diterjemahkan ke dalam fesyen, sekali gus mencipta gaya eksklusif yang unik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
