'Stailonya ibu, anak', fesyen 'holiday' Fazura, Fatima di London curi perhatian


  • Gaya
  • Rabu, 24 Dis 2025

Fazura dan anaknya, Fatima, tampil bergaya ketika bercuti di London dengan padanan fesyen musim sejuk yang kemas. — Instagram/@missfazura

BERCUTI di London ketika musim sejuk, pelakon yang juga usahawan, Nur Fazura dan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya tampil dengan gaya ringkas, tetapi kemas sehingga menarik perhatian warga maya.

Tanpa bergantung kepada padanan sedondon yang terlalu ketara, penampilan mereka menunjukkan keserasian gaya selari, sesuai dengan suasana percutian dan cuaca dingin kota tersebut.

Menerusi perkongsian di Instagramnya pada Rabu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin memilih penampilan berkonsep klasik.

BACA LAGI: Trend rawatan kecantikan DIY di rumah makin popular di Korea Selatan

BACA LAGI: Jangan semberono ikut 'nasihat' pempengaruh perihal perubatan, pakar gesa kawalan ketat

Wanita berusia 43 tahun itu mengenakan kot labuh berwarna maroon dengan potongan longgar dan tali pinggang diikat rapi, sekali gus memberikan bentuk yang kemas walaupun berpakaian tebal.

Rekaan berkolar tinggi dan fabrik bertekstur menambah elemen kemewahan tanpa kelihatan berlebihan.

Lilitan hijab rona merah jambu lembut yang ringkas melengkapkan keseluruhan gaya, manakala padanan but kulit pointy toe dalam tona sama menjadikan penampilannya tampak rapi dan sesuai dengan konsep fesyen musim sejuk.

Sementara itu, Fatima pula tampil dengan gaya ringkas dan manis, sesuai dengan usianya lima tahun.

Beliau mengenakan kot double-breasted berwarna biru navy dengan perincian reben di bahagian bahu yang menambah sentuhan ceria.

Padanan baju turtleneck putih di bahagian dalam menjadikan gayanya kelihatan kemas dan selesa untuk cuaca sejuk.

Gaya rambut Fatima pula ringkas dengan potongan paras bahu beralun, dibelah tepi dan dikemaskan di sebelah sisi dengan sepit rambut.

Stoking gelap serta but hitam berkilat pula memberi sentuhan moden tanpa menenggelamkan imej klasik yang dibawa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram