TIDAK dinafikan, media sosial kini sering dipenuhi dengan pelbagai kisah rumah tangga.
Ada yang bahagia, ada pula berakhir dengan perceraian, termasuk melibatkan selebriti.
Bimbang melihat terlalu banyak cerita disebarkan secara berlebihan, pengacara, Nadia Annuar tampil memberi nasihat berdasarkan pengalaman peribadinya sendiri.
BACA LAGI: Wanita hamil serba salah anak termuntah di kafe, lega lihat reaksi staf redakan situasi
BACA LAGI: Bukan pemakanan, tekanan emosi, tak sangka tabiat pagi ini risiko kena serangan jantung
Nadia, 41, yang pernah melalui dua perceraian, menasihati orang ramai supaya tidak terlalu mendedahkan kisah rumah tangga, termasuk siapa yang salah atau siapa yang baik.
"Nasihat kakak yang dah pernah bercerai dua kali ni, tak perlulah jaja sangat cerita kenapa nak cerai, siapa baik siapa buruk.
"Nak cerai je kan? Bukan jutawan nak berebut harta pun kena bukti siapa yang salah," tulisnya.
Beliau turut menekankan kepentingan memikirkan masa depan anak-anak
"Ada anak-anak, kita fikir nanti masa depan anak dah besar malu oi. Satu Malaysia tahu cerita celah kain mak pak dia masa cerai. Malu dik oi," ujarnya.
Tegasnya lagi, perceraian tidak perlu dijadikan medan memburukkan pasangan.
Fokus utama seharusnya kepada penyelesaian yang baik dan kebajikan anak-anak sambil menjaga maruah dan privasi keluarga, terutama di media sosial.
Hantaran Nadia mendapat perhatian ramai warga maya yang memuji keterbukaan dan kejujurannya.
Ramai yang bersetuju dengan nasihat diberikan, malah tidak sedikit yang berkongsi contoh selebriti lain yang turut menjaga privasi dan tidak mendedahkan aib bekas pasangan di media sosial. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
