Marsha Milan tersentuh, suami buat kejutan hari jadi bertema Sabah lengkap kek dua tingkat motif Borneo


  • Cinta
  • Isnin, 08 Dis 2025

Marsha Milan tersentuh hati apabila suaminya, Mohamed Shaiful Nizam membuat kejutan untuk menyambut hari jadinya dengan bertemakan Sabah.

PENYANYI dan pelakon, Marsha Milan tersentuh hati apabila suaminya, Mohamed Shaiful Nizam membuat kejutan untuk menyambut hari jadinya dengan dekorasi bertemakan Sabah.

Dalam hantaran di Instagram, Marsha berkongsi gambar majlis lengkap dengan dekorasi cantik, belon dan kek dua tingkat. 

Ahli keluarga serta suaminya turut kelihatan gembira menyambut hari penting buat Marsha itu.

BACA LAGI: Fadhlina Sidek kagum kepetahan pendebat dari SK Felda Purun, muncul juara pertandingan bahas bahasa Melayu

BACA LAGI: Homestay 25 minit dari Oxford ini milik wanita Malaysia, graduan PhD Oxford kini empunya dua kediaman di UK

Walaupun majlis berkenaan yang dirancang sebagai kejutan terbongkar lebih awal, usaha serta perhatian suaminya membuatkan Marsha benar-benar tersentuh.

“Ia sepatutnya kejutan, tetapi biasalah… isteri akhirnya tahu juga. Apa yang menyentuh hati saya ialah pemikiran dan usaha di sebaliknya. Terima kasih suami kerana parti tema Sabah ini, awak betul-betul all out dan saya rasa sangat disayangi,” tulisnya.

Walaupun tidak sihat sepenuhnya pada malam itu, Marsha beranggapan memasuki usia 40 menandakan fasa baharu dalam hidupnya iaitu agar menjadi lebih lembut, jelas dan penuh kesyukuran.

“Melangkah ke usia 40 terasa seperti memasuki musim baru yang lembut dan penuh syukur. Terima kasih atas setiap doa dan ucapan, semuanya sangat bermakna,” tambahnya sambil berseloroh meminta pengikut meneka siapakah 'birthday girl' sebenar.

Untuk rekod, Marsha dan Mohamed Shaiful mendirikan rumah tangga pada 31 Disember 2015.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram