Skandal kemenangan Fatima Bosch antara 6 kontroversi membelenggu Miss Universe 2025


  • Gaya
  • Rabu, 26 Nov 2025

Banyak kontroversi yang berlaku sepanjang pertandingan Miss Universe 2025.

MISS Universe 2025 bukan sahaja terkenal dengan kemegahannya, malah tahun ini turut dikejutkan dengan pelbagai kontroversi yang menjadi tumpuan ramai.

Dari sebelum malam kemuncak hinggalah ke saat kemenangan, beberapa isu hangat telah mencuri perhatian dunia. 

Berikut adalah senarai kontroversi utama yang berlaku sepanjang pertandingan.

BACA LAGI: 'Jangan biasakan anak guna barang bukan milik kita', peringatan Farah Lee buat ibu bapa

BACA LAGI: Dek tegur aurat kakak ipar wanita ditampar tunang, terkilan tiada batas pergaulan keluarga bakal mentua

1. Acara ‘Special Dinner & Talk Show’

Miss Universe Thailand menganjurkan acara membolehkan orang ramai mengundi calon melalui media sosial. 

MUO menegaskan acara itu tidak rasmi dan tidak mewakili nilai organisasi. 

Akhirnya, acara dibatalkan selepas penaja menarik sokongan kerana kebimbangan dan tekanan.

2. Walkout peserta dan kontroversi Fatima Bosch

Beberapa peserta dikatakan keluar dari acara selepas Pengarah Kebangsaan Thailand, Nawat Itsaragrisil didakwa menegur Miss Universe Mexico, Fatima Bosch dengan kata-kata menghina. 

MUO kemudian mengehadkan penglibatan Nawat, dengan Raul Rocha menegaskan bahawa setiap wanita wajar dihormati.

Semasa sesi gaun malam, Dr. Gabrielle Henry dari Jamaica, Caribbean, terjatuh dari pentas dan terpaksa menerima rawatan segera.

3. Kecederaan Miss Universe Jamaica

Dr. Gabrielle Henry dari Jamaica, Caribbean terjatuh dari pentas semasa sesi gaun malam dan dimasukkan ke ICU. 

MUO mengesahkan beliau kini berada dalam keadaan sihat dan hampir dibenarkan keluar hospital.

4. Kemenangan Fatima Bosch

Fatima Bosch dari Mexico diumumkan sebagai pemenang Miss Universe 2025, menewaskan 120 peserta lain. 

Kemenangan ini menimbulkan kekecewaan daripada beberapa bekas ratu cantik dan selebriti termasuk Michelle Dee dan Catriona Gray, yang menekankan kepentingan ketelusan dalam penjurian.

5. Tuduhan penjurian tidak telus

Omar Harfouch mendakwa keputusan Miss Universe telah dirancang awal.

Menurutnya, 30 peserta telah dipilih melalui undian rahsia oleh individu bukan anggota rasmi juri, termasuk seorang yang mempunyai hubungan peribadi dengan seorang peserta. 

Omar turut mendakwa kemenangan Fatima ada kaitan dengan perniagaan antara pemilik Miss Universe, Raul Rocha, dan keluarga Fatima.

Beliau merancang mendedahkan butiran lengkap melalui HBO pada Mei 2026.

Bagaimanapun, Presiden Miss Universe Organization (MUO), Raul Rocha menafikan wujud pembayaran kepada juri dan menegaskan Miss Universe adalah organisasi persendirian tanpa dana awam.

6. Olivia Yace meletak jawatan sebagai Miss Universe Africa and Oceania

Olivia Yace dari Côte d’Ivoire melepaskan jawatannya sebagai Miss Universe Africa and Oceania, dengan alasan ingin mengekalkan nilai peribadi seperti hormat, maruah dan peluang sama rata.

Beliau juga meraih tempat ke-5 di Miss Universe 2025. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram