Gelagat Tun M bawa Tun Hasmah, 'Bambi' siar-siar cuit hati, sempat lepas stereng kereta mengusik isteri


  • Cinta
  • Ahad, 23 Nov 2025

Tangkap layar video yang dimuat naik di Instagram pada Sabtu. — Instagram/@chedetofficial

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkongsi detik santai memandu kenderaan Toyota iQ bernombor pendaftaran APA 100 bersama isteri, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali di Putrajaya pada Sabtu.

Momen itu menjadi tumpuan apabila Tun Dr. Hasmah turut membawa sebuah anak patung kancil menaiki kenderaan tersebut.

“Okay Bambi, kita nak jalan-jalan,” kata beliau, sementara Tun Mahathir berseloroh dengan melepaskan stereng seketika.

BACA LAGI: 'Ramai gagal peringkat asas', production planner kongsi 5 tip wajib tahu sebelum mula jenama fesyen baharu

BACA LAGI: [VIDEO] Siti Nurhaliza perkenal scrub garam Himalaya, produk solekan terbaharu, rai peminat di Spa Day Eksklusif

Dengan tenang dan bersahaja, tokoh negarawan berusia 100 tahun itu sempat berjenaka.

"Tak perlu pegang, ia pusing sendiri," kata Tun Mahathir.

Beliau juga sempat memastikan keselesaan isterinya sepanjang perjalanan.

Video pendek di Instagram Dr. Mahathir tersebut memaparkan beliau memandu Toyota iQ menuju ke sebuah restoran sekitar Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Setibanya di sana, orang ramai mengambil peluang merakam gambar bersama pasangan negarawan itu. 

Tun Mahathir juga dilihat mengambil gambar suasana di dalam restoran menggunakan telefon pintarnya.

Hantaran itu kini meraih lebih 300,000 tanda suka sejak dimuat naik pada Sabtu.

Ruangan komen turut dipenuhi dengan reaksi warga maya.

"Adakah awak selesa? Bentuk kasih paling mudah yang memberi kesan paling besar," komen @nurulamzar.

"Pasangan paling luar biasa di dunia ini, bekas Perdana Menteri dan isteri, masih memandu pada usia 100 tahun," kata @slenfadzil.

"Seronok tengok Tun berdua. Tua-tua masih menyakat antara satu sama lain," ujar @ayondfrenza67.

Toyota iQ yang dipandu bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh tersebut di Malaysia pada 14 November lalu selepas beliau mencuba kenderaan itu ketika lawatan ke Kawamukocho, Jepun. 

Model yang dihasilkan antara 2008 hingga 2015 itu terkenal dengan reka bentuk pintar yang memaksimakan ruang walaupun saiznya kurang daripada tiga meter. 

Pun begitu, pengeluarannya dihentikan akibat penjualan menurun, menjadikan kenderaan ini jarang dilihat di jalan raya Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram