BINTANG Hollywood, Millie Bobby Brown baru-baru ini dilihat bertindak tegas terhadap jurugambar bebas (paparazzi) yang cuba mengambil gambar anaknya.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sewaktu wanita berusia 21 tahun itu menghadiri tayangan episod baharu drama Stranger Things 5 di sebuah restoran sekitar London, United Kingdom.
Dalam sebuah rakaman video yang tular, Millie yang mengenakan kot kulit hitam dilihat keluar dari van hitam sambil menggendong bayinya yang ditutup dengan kain.
BACA LAGI: 'ALLAH tak bagi kereta baharu masa mak hidup', anak kongsi rezeki melimpah lepas arwah ibu pergi
BACA LAGI: Adele bakal debut sebagai pelakon, terajui filem ketiga arahan Tom Ford
Millie threatening paparazzi for her child iktr pic.twitter.com/OINMirZSYY
— zee 12 (@catmileven) November 13, 2025
Di belakangnya kelihatan suaminya, Jake Bongiovi, rakan sekerja, Noah Schnapp dan seorang pengawal peribadi.
Menyedari keadaan itu, Millie segera bertindak tegas dengan menegur jurugambar terbabit sebelum memasuki ke dalam restoran berkenaan.
Walaupun kata-kata Millie tidak didengari dengan jelas, namun reaksi wajahnya jelas menunjukkan beliau tidak selesa dengan situasi tersebut.
Sekadar info, Millie dan Jake berkahwin pada Mei 2024 dan mengumumkan kehadiran puteri mereka melalui proses pengambilan anak angkat pada Ogos lalu.
Kini, peminat kembali menantikan tayangan Stranger Things Musim 5 yang dijangka mendapat perhatian besar di seluruh dunia, apabila siri popular ini menghampiri penghujungnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
