Gabungan cerita, aktiviti dalam buku bantu kanak-kanak berkerperluan khas faham konsep alam sekitar


  • Bonda
  • Sabtu, 08 Nov 2025

Buku interaktif serta aktiviti membantu kanak-kanak berkeperluan khas lebih memahami dunia kelestarian selain mengamalkannya. — Gambar hiasan/Janaan AI

KANAK-KANAK berkeperluan khas mudah memahami konsep alam sekitar jika pembelajaran disampaikan melalui cerita ringkas yang disertai dengan aktiviti interaktif.

Itu apa yang ditegaskan oleh Pengetua Sekolah Pendidikan Khas Taarana, Dr. Sunitha Sivakumaran ketika mengulas kandungan buku yang menyentuh tentang kepentingan menjaga kelestarian alam menerusi amalan kitar semula yang dilancarkan institusi terlibat pada Sabtu.

Buku tersebut dihasilkan untuk membantu pelajar berumur 5 hingga 12 tahun memahami kelestarian dengan cara yang menyeronokkan.

BACA LAGI:‘Kami bungee jump dan skydiving’, Siti Saleha syukur rezeki hamil walaupun lasak ketika 'honeymoon'

BACA LAGI:Tolak persepsi 'anak manja timbalan gabenor', Sarah Al-Suhaimi kendalikan bursa saham terbesar Timur Tengah

Dr. Sunitha Sivakumaran.

Kata Dr. Sunitha, ia menggabungkan cerita dan pelbagai aktiviti praktikal seperti pencarian kata, melukis, mewarna dan memotong supaya pelajar dapat belajar secara aktif dan menghargai kandungan buku.

Pendekatan berasaskan aktiviti itu adalah bagi membolehkan pelajar bukan sahaja memahami konsep tetapi juga mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

"Jika hanya mengajar teori, mereka sukar memahami. Tetapi melalui aktiviti, mereka benar-benar terlibat dan boleh mempraktikkan apa yang dipelajari," jelasnya ketika ditemui Majoriti pada Hari Tahunan Sekolah Taarana di Kuala Lumpur.

Katanya, selain versi fizikal, buku tersebut juga diterbitkan dalam bentuk e-book bagi memudahkan capaian lebih ramai.

Buku interaktif yang dilancarkan oleh Sekolah Taarana adalah untuk memberi pendedahan topik memelihara dan memulihara alam sekitar kepada kanak-kanak berkeperluan khas. — Sekolah Taarana

Pun begitu, beliau tidak menafikan bahawa pendedahan kepada gajet terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak adalah tidak wajar.

Ia perlu hadir dengan pemantauan agar penggunaannya seimbang dan tidak menjejaskan fokus pembelajaran.

Justeru, beliau menekankan bahawa penglibatan ibu bapa menjadi kunci utama untuk memastikan proses pembelajaran lebih berkesan.

"Sudah tentu pendedahan kepada gajet tidak digalakkan. Tetapi, anak-anak tidak mampu melakukan aktiviti sendiri. Perlu ada pengawasn ibu bapa," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan tentang inisiatif program vokasional yang bakal diperkenalkan 2027 nanti.

Program berkenaan diperkenalkan khusus buat belia neurodivergen berumur 17 hingga 25 tahun dan menawarkan kemahiran praktikal dalam bidang teknikal dengan penekanan pada pengalaman hands-on sertapenilaian berdasarkan penglibatan harian tanpa peperiksaan formal.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram