Busana tradisional digayakan selebriti di 'red carpet' FFM34 curi tumpuan, tampak anggun dan glamor!


  • Gaya
  • Isnin, 03 Nov 2025

(Dari kiri) Mimi Lana, Sweet Qismina dan Francisca masing-masing anggun mengenakan busana inspirasi tradisional dengan gaya tersendiri di FFM34. — Instagram selebriti

SUDAH tiba masanya selebriti tempatan hadir ke acara berprestij dengan penuh kebanggaan menggayakan busana tradisional.

Penampilan pelakon, Sweet Qismina di karpet merah Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) pada Sabtu misalnya, yang mengenakan busana tradisional benar-benar mencuri perhatian ramai.

Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi tampil berbaju kurung mint green bersulam halus dengan benang emas.

BACA LAGI: Kongsi koleksi piring hitam kegemaran, kemunculan istimewa Noorkumalasari mengembalikan kehangatan melodi nostalgia era muzik 70-an, 80-an

BACA LAGI: Ada yang kena penyakit kulit, hampir berpisah, Mufti Terengganu jelaskan punca dugaan 'darah manis'

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 28 tahun itu turut menerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Babah (2025) yang dilakonkan bersama Qi Razali.

Penampilannya pada hari tersebut membuktikan bahawa busana tradisional masih relevan dan mampu menjadi pilihan utama di pentas anugerah walaupun trend moden mendominasi.

Selain Sweet, beberapa selebriti lain turut menarik perhatian dengan gabungan gaya moden dan tradisi, termasuk Mimi Lana, Nadia Brian dan Francisca Luhong.

1. Francisca Luhong

Model juga Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong menggayakan baju kebarung rona merah hati dihiasi sulaman benang emas rekaan jenama tempatan, Larney.

Gaya beliau dilengkapkan dengan selendang motif sama yang diletakkan pada bahagian bahu dan clutch hitam berkilau.

2. Nadia Brian

Bagi pelakon Nadia Brian, beliau tampil anggun dengan busana maroon yang menampilkan korset luar berwarna ungu dan kain tenunan bercorak emas rekaan Zachrin Jaafars.

Rekaannya menggabungkan elemen songket tradisional dengan potongan moden, memberikan penampilan yang elegan di karpet merah.

3. Mimi Lana

Pelakon, Mimi Lana hadir dengan menggayakan persalinan gaun potongan ramping ala kebaya berwarna burgundy rekaan Alia Bastamam.

Bajunya potongan strapless dipadankan dengan lengan panjang renda lutsinar disulam halus dan belahan pada bahagian tengah kain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram