[VIDEO] Busana glamor, berkilau pilihan selebriti wanita hadir meraikan majlis resepsi Fattah-Amira


  • Gaya
  • Selasa, 28 Okt 2025

(Dari kiri) Betty Rahmad, Anzalna Nasir dan Norreen Iman antara personaliti yang hadir ke majlis resepsi Fattah Amin dan Amira Othman di Kuala Lumpur pada Ahad.

EMPAT selebriti wanita hadir ke majlis resepsi pasangan Fattah Amin dan Amira Othman di Kuala Lumpur baru-baru ini tampil dengan gaya berbeza, namun berkongsi satu persamaan iaitu keseimbangan antara penampilan menarik dan keselesaan.

Walaupun berbeza dari segi potongan dan jenama, para selebriti tersebut memilih gaya yang ringkas dan mudah digayakan.

Setiap busana diperkemaskan dengan perincian berkilau atau bling-bling bagi menambah sentuhan glamor pada keseluruhan penampilan tanpa mengurangkan keselesaan.

BACA LAGI: Baru usia 8 tahun, anak Dr. Sheikh Muszaphar 'obses' algebra, sanggup geledah bilik kakak cari buku

BACA LAGI: 'Abah dah tak ada', jurusolek kongsi detik pemergian bapa sewaktu siapkan pengantin

Bagi pelakon, Anzalna Nasir memilih busana serba putih daripada pereka Arunsayfulldesiree dengan tudung bawal hasil sentuhan penata gaya Bella.

Beg tangan bersaiz kompak dari Chanel rona kelabu serta kasut tumit tinggi dari Giuseppe Zanotti melengkapi gaya mewahnya.

Sementara itu, personality media sosial, Norreen Iman tampil anggun dan serba hitam dalam rekaan Mode by miroljonit yang disiapkan dalam masa sehari.

Gaya tersebut dipadankan dengan beg tangan Louis Vuitton.

Pelakon dan usahawan, Datin Anne Ngasri pula memilih gaya lebih praktikal apabila mengenakan abaya rona merah jambu lembut dari label Amber dengan hijab daripada AN Bawal Exclusive.

Lebih menarik, beliau memadankan gayanya bersama kasut sukan yang ditukar selepas berasa tidak selesa dengan kasut tumit tinggi.

Seperti Anne Ngasri, pelakon, Betty Rahmad memilih abaya yang dibeli secara dalam talian, disempurnakan dengan tudung daripada set sama. 

Penampilan serba hitam beliau dilengkapkan dengan beg tangan kecil warna sama yang menurutnya dipinjam daripada rakannya yang turut hadir ke majlis berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram