KITA semua mahukan rambut sihat tamnpak menawak sama ada wavy, kerinting bouncy atau lurus dan licin.
Dalam industri bernilai £5.8 billion (RM32 billion) di United Kingdom (UK), terdapat pelbagai produk, trend dan hack di TikTok yang boleh membuatkan kita mudah lupa tentang asas penjagaan rambut.
Sebenarnya, rambut yang sihat bukan tentang membelanjakan banyak wang atau mengikut rutin rumit, tetapi tentang melakukan perkara asas dengan betul.
BACA LAGI: Anak kesal ibu usia 64 tahun 'berani' benarkan lelaki kenal dalam 'dating apps' masuk rumah
BACA LAGI: Johor serius tangani isu kesihatan mental pelajar, tawar khidmat kaunseling, sokongan psikologi
Pakar Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala, Eva Proudman daripada UK Hair Consultants serta Tracey Walker dari Hair and Scalp Clinic membongkar empat mitos popular tentang cara menjaga rambut.

Air sejuk tidak menjadikan rambut lebih berkilau. — Gambar hiasan/Freepik
1. Air sejuk tidak menjadikan rambut lebih berkilau
Pernahkah anda menggigil mandi air sejuk semata-mata mahu rambut lebih berkilau?
Anda boleh berhenti melakukannya kerana air suam yang selesa sudah memadai.
Proudman menegaskan, air sejuk tidak menambah kilau pada rambut.
"Tidak perlu membasuh rambut dengan air sejuk kerana ia tidak memberi kesan. Paling penting adalah dengan melindungi rambut daripada bahan kimia, haba dan persekitaran," katanya.
Bagaimanapun, beliau menasihati supaya tidak menggunakan air terlalu panas kerana ia boleh mengeringkan rambut dan melecur kulit kepala sama seperti air panas melecurkan kulit.
2. Tiada produk boleh baiki rambut rosak
Jika anda berharap untuk membaiki hujung bercabang tanpa ke salon, anda akan kecewa kerana potongan rambut adalah satu-satunya penyelesaian.
Proudman menjelaskan, hujung bercabang ibarat tangga pada stokin kerana tiada cara untuk menampalnya.
"Rambut yang retak, jika dilihat di bawah mikroskop, seolah-olah terdapat dua atau tiga cabang tambahan pada helai rambut.
"Produk di pasaran bertindak seperti gam untuk menyatukan rambut supaya kelihatan lebih baik," ujar Walker
Namun, ia hanya penyelesaian sementara. Jangan terpedaya membelanjakan sejumlah wang untuk produk yang menjanjikan penyelesaian kekal.
Proudman juga menepis dakwaan potong rambut boleh mempercepatkan pertumbuhan rambut adalah tidak benar.
"Tidak mungkin rambut tumbuh lebih cepat, jadi mana-mana produk yang mendakwa begitu adalah menipu," tegasnya.

Jangan biarkan rambut terlalu lama tanpa dicuci kerana boleh sebabkan kulit kepala gatal dan masalah kelemumur. — Gambar hiasan/Freepik
3. Rambut tidak boleh bersihkan diri sendiri
Anda mungkin pernah bertemu seseorang yang mendakwa rambut mereka boleh 'membersihkan diri sendiri' dan jarang atau tidak pernah dicuci.
Namun Proudman berkata, ia tidak baik untuk rambut.
Kongsi beliau, kulit kepala mempunyai 180,000 kelenjar minyak dan akan mengumpul kotoran jika tidak dicuci secara berkala.
Walker bersetuju dan menyamakan keadaan tersebut dengan kotoran pada pakaian di mana anda tidak boleh menanggalkannya hanya dengan air. Sabun juga diperlukan.
Tidak mencuci rambut secara berkala boleh menyebabkan bau dan memburukkan masalah kulit kepala seperti kelemumur.
"Membiarkan rambut terlalu berminyak membolehkan yis dan bakteria membiak, menyebabkan kulit kepala gatal bertambah teruk," kata beliau.
Proudman menyarankan mencuci setiap dua hari jika rambut sangat berminyak atau banyak menggunakan produk.
Profesor Laura Waters daripada University of Huddersfield berkata, mereka yang rambut sangat berminyak mungkin memerlukan syampu pembersih lebih kuat, manakala rambut kering boleh menggunakan syampu tanpa sulfat yang lebih mahal tetapi tidak menanggalkan minyak semula jadi rambut.
4. Semburan syampu kering bukan pengganti mencuci rambut
Menemukan masa untuk cuci rambut, pengeringan dan menggayakan rambut kadang-kadang tidak praktikal.
Jadi ramai menggunakan semburan syampu kering sebagai penyelesaian cepat untuk menyegarkan akar rambut berminyak tanpa mandi.
Proudman berkata, syampu kering selamat digunakan, tetapi hanya sekali di antara cucian rambut.
Masalah timbul jika digunakan beberapa hari berturut-turut tanpa dicuci.
"Minyak semula jadi kulit kepala terserap ke dalam syampu dan yis akan membiak pada timbunan itu," katanya menambah, kulit kepala boleh jadi gatal dan berkuping jika tidak berhati-hati.
Akhirnya, nasihat beliau ialah menjaga kulit kepala sama seperti wajah. Anda tidak akan terus memakai solekan tanpa membersihkannya dahulu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
