Kembali era 90-an, 'slickback' antara 5 gaya rambut ikonik jadi trend tahun ini


  • Gaya
  • Sabtu, 18 Okt 2025

Gaya rambut inspirasi era 90-an kembali menjadi pilihan ramai wanita pada tahun 2025.

BUKAN hanya fesyen, gaya rambut juga mengalami kitaran semula dan tahun 2025 menjadi buktinya.

Selepas lama tenggelam, gaya rambut ikonik era 90-an kini kembali mencuri perhatian dan menjadi antara trend paling digemari.

Ramai selebriti dan pempengaruh mula mengadaptasi gaya rambut 90-an untuk menampilkan aura nostalgia, tetapi dengan sentuhan moden.

BACA LAGI: Manis dalam persalinan rona biru firus, Ustazah Asni kembali bergelar isteri, lelaki Palestin-AS pilihan hati

BACA LAGI: Bapa sanggup hantar anak ke sekolah swasta, tak kisah poket 'rabak', janji dapat pendidikan, persekitaran baik

Menariknya, kemunculan semula trend rambut yang disenaraikan ini juga menjadi cara untuk mengekspresikan diri dan tampil berbeza, selaras dengan populariti gaya Y2K (era 2000-an) dan vintage yang digemari generasi muda masa kini, khususnya Generasi Z (Gen Z).

Jadi, gaya rambut era 90-an mana yang kembali popular pada 2025?

Berikut antara pilihan ramai:

1. Bright blonde

Warna rambut perang terang yang pernah popular pada era 90-an kini kembali menjadi kegemaran ramai.

Warna tersebut sinonim dengan gaya Britney Spears pada awal kemunculannya dalam industri hiburan.

Gaya itu disukai kerana memberi kesan muda, segar dan menonjolkan penampilan yang cerah serta bertenaga.

Sentuhan warnanya yang lembut pula menambah aura glamor dan elegan.

Ia sesuai untuk mereka yang mahu tampil kemas dan bergaya tanpa meninggalkan unsur klasik.

LOS ANGELES, CALIFORNIA - JANUARY 26: Dua Lipa attends the 62nd Annual GRAMMY Awards at Staples Center on January 26, 2020 in Los Angeles, California. (Photo by Axelle/Bauer-Griffin/FilmMagic)

2. Money piece highlights

Pernah dengar istilah Old Money Style? Bukan sekadar gaya berpakaian, malah rambut juga memainkan peranan penting.

Salah satu trend yang melambangkan gaya ini ialah Money piece highlights yang pernah popular pada 90-an.

Gaya ini menampilkan dua helaian rambut di bahagian depan yang diwarnakan lebih terang daripada warna asal rambut memberi kesan kontra menarik.

Kini tekniknya dilakukan lebih halus supaya hasilnya kelihatan semula jadi dan seimbang.

Sesuai untuk mereka yang mahu tampil lebih matang, berani dan eksklusif.

3. Rachel cut

Bagi peminat siri Friends, nama Rachel Green pasti tidak asing lagi.

Watak lakonan Jennifer Aniston bukan sahaja terkenal kerana personalitinya, tetapi juga kerana gaya rambutnya yang ikonik.

Potongan rambut Rachel cut menyerupai Layered Blow, namun tampil lebih kemas dan klasik.

Gaya ini kembali popular pada tahun ini, memberi sentuhan nostalgia era 90-an dengan penampilan yang lebih segar dan moden.

4. Slickback 

Gaya rambut slickback turut kembali menjadi pilihan utama tahun ini.

Ciri khasnya ialah rambut disisir ke belakang tanpa belahan, menghasilkan efek licin, berkilau dan kemas, seolah-olah bertekstur basah.

Gaya ini memberikan kesan elegan, tegas dan berkeyakinan tinggi.

Ia sesuai dipadankan untuk acara rasmi agar tampil classy, atau digunakan setiap hari untuk gaya yang bersih dan moden.

Rambut boleh digayakan secara terurai, diikat ponytail, atau dijadikan sanggul rendah (chignon).

Semua gaya ini tetap tampak rapi dan mewah.

5. Natural curly

Berbeza dengan trend rambut lurus yang mendominasi sekitar 2010-an, tahun 2025 menyaksikan ramai wanita memilih untuk mengekalkan tekstur semula jadi rambut mereka.

Natural curly atau rambut keriting semula jadi yang pernah menjadi trend era 90-an kini kembali diminati.

Pada masa lalu, ramai melakukan perm untuk mendapatkan kesan keriting yang manis dan ada volume.

Menariknya, kini semakin ramai individu berambut keriting lebih yakin dengan gaya asal mereka tanpa perlu meluruskan rambut.

Malah, semakin banyak salon khusus yang menawarkan rawatan untuk rambut keriting. Dengan itu, mereka lebih berani dan bangga menonjolkan keunikan natural curly. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram