
SAMA seperti perayaan lain, sambutan Deepavali 2025 tampak meriah dengan pelbagai gaya dan fesyen busana tradisional.
Meninjau pula ke ruangan Threads, rona ungu dilihat menjadi tema warna pilihan rata-rata masyarakat India yang menyambutnya.
Ungu yang sinonim dengan kemewahan dan keanggunan jelas menjadi pilihan ramai dalam memeriahkan sambutan perayaan tersebut.
BACA LAGI: Sia-sia ubah suai jadi rumah mewah, mentua datang mengejut, 'claim' tanah, halau menantu
BACA LAGI: 'Jangan keluar rumah bila gaduh', suami tiru cara bapa kawal emosi ketika berdepan konflik
Pelbagai hantaran memaparkan keluarga dan rakan-rakan tampil sedondon dalam busana sari, lehenga dan kurta ungu.
Daripada lavender lembut hingga ke ungu gelap keemasan, setiap busana diilihat dilengkapi dengan pelbagai variasi aksesori.
Potongan sari yang lebih moden dan ringkas sekali gus menambah elemen keanggunan dan glamor tanpa menghilangkan keaslian tradisionalnya.
"Meraikan perayaan cahaya, cinta dan harapan dengan keluarga saya yang cantik.
"Semoga jalan anda diterangi dengan kegembiraan, kejayaan dan kemakmuran," kongsi @suthanviran.
"Ungu dah ambil alih tema Deepavali tahun ini. Warna lain pun cantik cuma hari ini memang nampak ramai yang pakai ungu dan lagi menyerlah.
"Warna lain jangan sedih, tahun depan cuba lagi," tambah @tinieamzah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram