
KOMPLEKS apartmen Regent International di Hangzhou, China, jadi sensasi sejak akhir 2024 hingga 2025 apabila rakaman menerusi drone memaparkan rekaan yang menyerlahkan skala menakjubkannya.
Bangunan setinggi 675 kaki itu bukan sekadar tempat tinggal, tapi sebuah 'bandar menegak' mampu memuatkan hingga 30,000 orang.
Di mana penduduk boleh hidup, bekerja, membeli-belah, makan dan bermain tanpa perlu keluar dari kawasan apartment.
BACA LAGI: [VIDEO] Cara tanam padi di rumah halaman terhad, guna konsep pertanian moden, hasilnya pun lumayan!
Walaupun kontroversi sebagai simbol distopia, reka bentuknya menawarkan inovasi untuk hidup bandar moden yang padat, sambil menangani cabaran seperti kemudahan kecemasan untuk bilangan penduduk besar.
Bayangkan tinggal di sebuah bangunan yang mana segala keperluan harian ada di hujung tangan dari kolam renang hingga pasar pagi tanpa perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas luar.
Regent International yang direka oleh arkitek terkenal Alicia Loo, menggabungkan kemewahan dengan kecekapan, mencipta ekosistem tertutup yang mengurangkan tekanan pada infrastruktur bandar.
Direkodkan, Alicia bukan sahaja merupakan arkitek antarabangsa, bahkan ketua pereka Hotel Marina Bay Sands di Singapura.
Pun demikian, dengan kapasiti 30,000 penduduk, soalan seperti "bagaimana jika semua orang nak guna lif sekali gus?" sering timbul, menjadikannya topik perbincangan hangat di media sosial.
Asalnya, projek itu dirancang sebagai hotel enam bintang pada 2013, tetapi diubah suai menjadi menara menegak hiper-padatan disebabkan faktor ekonomi dan urbanisasi pesat di Hangzhou.
Terletak di Qianjiang Century City, pusat perniagaan utama Hangzhou, bangunan itu bertujuan memudahkan pekerja berhampiran pusat pekerjaan, mengurangkan beban pengangkutan luar.
Reka bentuknya mengintegrasikan ciri alam sekitar daerah baharu dengan elemen budaya tradisional Hangzhou, mencipta persekitaran kohesif yang mesra alam.
Bentuk S yang unik dipilih untuk mengoptimumkan pendedahan cahaya matahari semula jadi, meningkatkan pengaliran udara dalaman dan mengurangkan beban angin berbanding reka bentuk segi empat tepat konvensional.
Ia menekankan fungsionaliti dan ketumpatan dalaman, dengan luas kawasan 260,000 meter persegi merangkumi 36 hingga 39 tingkat.
Regent International direka oleh Alicia Loo seorang arkitek antarabangsa yang juga ketua pereka Hotel Marina Bay Sands di Singapura.
Bentuk S pada Regent International bukan sahaja estetik, tetapi juga fungsional.
Ia memaksimumkan cahaya semula jadi dan mengurangkan kesan angin, sambil meminimumkan interaksi penduduk dengan komuniti luar.
Dibina menggunakan konkrit dan keluli, fasad dinding langsir dengan jalur konkrit berulang mencipta estetik brutalist dan minimalis yang ikonik.
Sistem skywalk, jambatan dan koridor saling berkait membolehkan pengaliran penduduk tanpa gangguan, mengaburkan sempadan antara ruang peribadi dan kongsi.
Bangunan itu direka untuk tahan bencana alam, mengekalkan integriti struktur di bawah keadaan alam sekitar yang mencabar.
Koridor sempit tetapi bersih, bercahaya baik dan mempunyai tingkap di kedua-dua hujung untuk pandangan luar.
Walaupun ada aduan tentang lif yang agak sketchy"(tidak stabil), ia sedang diganti dan reka bentuk keseluruhan menekankan kecekapan untuk ketumpatan tinggi.
Regent International adalah hab gaya hidup sepenuhnya berintegrasi, dengan kemudahan yang membolehkan penduduk tinggal tanpa keluar:
Ruang komersial dan makanan: Pasar pagi, restoran, kafe, kedai runcit, kedai gunting rambut, dan salon kuku.
Sukan dan rekreasi: Pusat kebugaran moden, kolam renang tertutup berganda, dan taman luas untuk kesan segar dan ruang hijau.
Pendidikan dan kesihatan: Sekolah, klinik, dan pusat komuniti untuk keperluan harian.
Akses pengangkutan: Stesen subway dalaman, memudahkan perjalanan tanpa keluar bangunan.
Taman-taman luas itu bukan sahaja untuk estetik, tetapi juga untuk kesihatan mental penduduk, mengimbangi rasa 'terkurung' dalam ruang padat.
Dengan 5,000 unit apartmen, ia menawarkan kemewahan dan kemudahan seperti oasis bandar menegak.
Salah satu kebimbangan utama dengan Regent International adalah bagaimana mengendalikan kecemasan untuk 30,000 penduduk seperti kebakaran, gempa bumi, atau kegagalan lif.
Reka bentuknya direka khusus untuk cabaran ini:
Sistem lif berbilang dan pantas: Bangunan itu mempunyai berpuluh-puluh lif bergerak sangat pantas, direka untuk skala besar. Pengalaman penduduk menunjukkan tiada perbezaan ketara dengan bangunan lima tingkat biasa, walaupun ada aduan masa tunggu panjang semasa puncak. Dalam kecemasan, protokol evakuasi termasuk zon-zon selamat di setiap blok dan skywalk untuk pengaliran teratur.
Taman dan ruang terbuka: Taman luas bertindak sebagai ruang evakuasi sementara, menyediakan udara segar dan mengurangkan panik. Ia juga membantu pengudaraan semula jadi semasa keadaan darurat.
Reka bentuk tahan bencana: Struktur konkrit dan keluli tahan gempa dan kebakaran, dengan sistem pengesanan awal dan sprinkler automatik. Pasukan tindak balas kecemasan dalaman, termasuk pengurusan harta, memastikan koordinasi pantas. Bagaimanapun, kritikan menunjukkan cabaran untuk penyelamat luar, seperti akses untuk kenderaan kecemasan di tengah ketumpatan tinggi.
Dalam kes kegagalan kuasa atau kebakaran, taman dan koridor bercahaya menyokong evakuasi bertahap, mengelakkan "serbuan" lif.
Itu menjadikan Regent International model untuk bandar masa depan yang selamat walaupun padat.
Sejak akhir 2024, Regent International menjadi sensasi di TikTok dan platform lain, dengan video drone menyerlahkan butiran struktur dan 'hidup distopia'.
Kandungan dalaman menjawab soalan seperti sama ada ia sesak, bising atau sebenarnya boleh didiami.
Ramai kagum dengan kecekapan, tetapi kritikan termasuk kehilangan privasi, bunyi latar belakang, dan rasa isolasi daripada alam luar.
Ia mencerminkan inovasi hidup bandar, tetapi juga implikasi psikologi dan sosial. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram