Cara Anzalna menilai 'mindset provider' pasangan dipuji, rasa cukup bukan diukur dengan material


  • Cinta
  • Isnin, 29 Sep 2025

Memuji pasangan dengan lembut, menyerlahkan nilai 'mindset provider' yang membawa ketenangan dalam hubungan.

DALAM era media sosial penuh dengan gaya hidup mewah serta pengaruh pempengaruh, ramai wanita terjebak dengan tanggapan bahawa pasangan lelaki harus menjadi 'provider' yang mampu memenuhi setiap kehendak materialistik seperti dipamerkan di platform Instagram atau TikTok.

Salah faham itu sering mewujudkan tekanan tidak realistik terhadap lelaki, seolah-olah nilai mereka hanya diukur melalui kemampuan kewangan atau hadiah-hadiah mahal.

Hakikatnya, 'mindset provider' bukan sekadar tentang jumlah wang, tetapi tentang tanggungjawab, usaha dan keikhlasan dalam menyokong pasangan serta keluarga mengikut kemampuan masing-masing.

BACA LAGI: [VIDEO] Dr. Kartini kongsi pengalaman, ‘slow swimmer’ jauh bagus berbanding ‘slow runner’

BACA LAGI: Cipta ruang elegan tanpa rasa sesak, hilang nilai estetika, ini 5 'pantang larang' hias kamar kecil

Seorang wanita, @unnamedusr2025, di Threads baru-baru ini berkongsi pengalamannya menilai 'mindset provider' pasangannya dengan cara yang penuh kasih sayang.

Dengan menunjukkan bahawa komunikasi lembut dan penghargaan boleh mengukuhkan hubungan tanpa mengejar standard 'influencer' yang tidak realistik.

Wanita itu telah membuka mata ramai dengan pengalamannya tentang cara dia menghargai usaha pasangannya sebagai 'provider' selepas menonton video Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki.

Dalam video tersebut, Hanif menjawab soalan tentang 'maintenance' Anzalna, menunjukkan kesediaannya untuk menyokong isterinya dengan penuh tanggungjawab.

"Dalam kereta dengan pasangan saya, saya nampak video Hanif (suami Anzalna) jawab soalan pasal penyelenggaraan Anzalna. Saya cakap pada pasangan saya yang Hanif itu bagus. Dia tahu dia kena menyokong. Kemudian saya terfikir takut pasangan saya kecil hati.

"Saya cakap, 'Sama macam awak. Awak pun ada 'mindset provider'. Selalu pun awak bayar untuk saya. Cuma awak menyokong ikut kemampuan awak dan itu okay. Saya tahu kalau awak ada lebih pun awak akan bagi saya lebih, kan sayang?'

"Terus dia senyum. Dia mesti bangga dengan diri sendiri, sama macam saya bangga dengan dia," kongsinya.

Dia menyambung, "Saya sambung lagi, ‘Semoga sayang ada rezeki lebih supaya saya pun boleh dapat lebih lagi,’ dan ajak dia aminkan sekali.

"Dia gelak sahaja. Tapi sebenarnya, saya berharap dia ada rezeki lebih sebab dia layak. Setiap bulan, dia tak culas bagi duit kepada ibu bapanya walaupun mereka ada pencen. Pasangan saya pendapatan dia kurang dari saya dan dia lebih tua, tapi dia bayar untuk kebanyakan temujanji kami dan urus duit dia lebih baik dari saya.

"Saya suka ketenangan hati yang saya ada, tahu yang saya akan berkahwin dengan lelaki yang bertanggungjawab dari segi kewangan."

Perkongsian itu mendapat sambutan hangat di Threads, dengan ramai memuji pendekatan @unnamedusr2025 yang penuh qanaah dan komunikasi yang membina.

Nxiqah memuji @unnamedusr2025 sebagai pasangan yang bertuah kerana memiliki sifat qanaah, berkata: "Pasangan anda sangat bertuah dapat wanita macam awak yang ada sifat qanaah."

Alysaanzm menegaskan bahawa komunikasi seperti itu selari dengan ajaran Islam, menyatakan: “Sama dan ini cara yang betul untuk komunikasi dengan pasangan dalam Islam, ini apa yang islam ajar bukan jadi 'independent woman'."

Ninaandsophia menyerlahkan bahawa usaha dan niat adalah yang utama, bukan nilai material. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram