[VIDEO] Gantung lukisan seperti pro, ikuti panduan hiasi dinding rumah bak galeri


  • Hias
  • Selasa, 02 Sep 2025

Teknik diamond, triangle dan horizontal jadikan lukisan lebih tersusun ala designer di dinding rumah anda. — Instagram/VibeHaus

RAMAI orang teruja menambah sentuhan seni di rumah dengan menggantung lukisan atau potret.

Namun, tanpa disedari, cara ia digantung sering kali membuatkan ruang kelihatan pelik, sempit atau ukurannya tidak sama.

VibeHaus melalui perkongsian video di Instagram membuka mata orang ramai tentang kesilapan biasa itu sambil menunjukkan teknik sebenar digunakan oleh pereka dalaman profesional.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kami tunggu awak pulang', suami sokong perjuangan Ardell Aryana sejak bujang dalam misi kemanusiaan

BACA LAGI: Pentingnya proses pulihara bangunan kolonial supaya generasi akan datang terus hargai sejarah

Kebanyakan orang cenderung menggantung lukisan terlalu tinggi atau tidak seimbang, sekali gus mengganggu aliran pandangan di ruangan tersebut.

Ada juga yang meletakkannya tanpa mengambil kira susunan perabot, cahaya malah saiz ukuran dinding.

Akhirnya, lukisan yang sepatutnya menjadi titik fokus hanya membuat ruang nampak serabut dan tidak kena di mata anda.

Menurut VibeHaus, terdapat beberapa cara yang sering diguna pakai oleh 'designer' untuk memastikan lukisan atau potret benar-benar menonjol di sesuatu ruang:

1. Diamond Style

Empat lukisan kecil disusun menyerupai bentuk berlian. Susunan itu mencipta keseimbangan visual dan sesuai untuk ruang tamu atau lorong panjang.

2. Triangle Style

Lukisan disusun membentuk segitiga, biasanya satu lukisan besar di tengah dan dua atau tiga yang lebih kecil di sisi. Kaedah itu memberikan rasa harmoni dan menonjolkan satu karya sebagai tempat tumpuan.

3. Horizontal Style

Beberapa lukisan digantung sejajar secara mendatar. Teknik itu sesuai untuk ruang dengan perabot panjang seperti sofa atau meja makan kerana menekankan garis pandang yang memanjang.

Selain susunan, pereka juga menekankan ketinggian lukisan.

Ia seperti garisan tengah karya seni sebaiknya berada pada paras mata (sekitar 145–150 cm dari lantai).

Dengan cara itu, lukisan akan lebih mudah dinikmati dan selari dengan keseimbangan ruang.

Perkongsian VibeHaus bukan sekadar tentang cara menggantung lukisan, tetapi juga mengajar bahawa seni hiasan rumah memerlukan sedikit ilmu dan cita rasa.

Apabila digantung dengan betul, setiap potret atau karya seni mampu bercakap dengan ruang dan memberikan aura yang menyenangkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram