
PUTERI Wales, Kate Middleton menzahirkan penghormatan kepada seorang jurugambar remaja yang pernah menginspirasinya dengan kreativiti pada hari yang sepatutnya menjadi ulang tahun kelahiran ke-18 remaja itu.
Mendiang Liz Hatton dari Harrogate, North Yorkshire meninggal dunia pada November tahun lalu selepas memulakan kempen bucket list fotografi pada Januari.
Remaja yang sangat meminati fotografi itu disahkan menghidap ketumbuhan agresif jenis desmoplastic small round cell tumour dan diberi jangka hayat antara enam bulan hingga tiga tahun.
Remembering Liz Hatton today on what would have been her 18th birthday. The photo shown in this image was taken by Liz during an Investiture at Windsor Castle in October 2024, and is on display today in the spot where it was taken.pic.twitter.com/3awN3e7au9
— The Prince and Princess of Wales (@KensingtonRoyal) August 31, 2025
Pada Oktober lalu, Liz sempat merakamkan gambar Putera Wales ketika majlis penganugerahan di Istana Windsor. Dalam satu gambar, beliau kelihatan memeluk Kate selepas diberi peluang untuk mengambil gambar bersama keluarga diraja.
Dalam mesej peribadi ketika itu, Kate dan Putera William menggambarkan Liz sebagai seorang jurugambar muda yang berbakat dengan kreativiti dan kekuatan yang menginspirasikan mereka berdua.
Penghormatan itu disampaikan tidak lama selepas Kate sendiri menjalani rawatan kanser tahun ini.
Putera dan Puteri Wales ketika bertemu mendiang Liz serta keluarganya di Istana Windsor pada 2 Oktober tahun lalu. — Agensi
Kini, pada hari yang sepatutnya ulang tahun Liz yang ke-18, Putera William dan Kate berkongsi penghormatan di media sosial pada Ahad.
“Hari ini kami mengenang Liz Hatton pada hari ulang tahunnya yang ke-18. Foto yang dipaparkan ini adalah hasil rakaman Liz ketika majlis penganugerahan di Istana Windsor pada Oktober 2024 dan kini ia dipamerkan di lokasi asal ia diambil,” tulis Kate.
Mesej itu dimuat naik di platform X bersama emoji hati dan dua gambar hasil karya Liz yang merakam seorang pengawal diraja.
Ibu Liz, Vicky Robayna sebelum ini berkata, anaknya kekal tabah hingga ke akhir hayat, bahkan masih membuat perancangan masa depan sehari sebelum meninggal dunia.
Beliau menggambarkan Liz bukan sahaja sebagai jurugambar yang hebat, tetapi juga anak dan kakak yang terbaik untuk keluarga mereka.
Gambar diambil oleh mendiang Liz menampilkan salah seorang Yeomen of the Guard semasa majlis penganugerahan yang dipimpin oleh Putera Wales di Grand Reception Room. — Agensi
“Tiada siapa boleh berjuang untuk hidup sekuat dia. Kehilangan Liz meninggalkan ruang kosong yang sukar untuk kami isi,” katanya.
Minat Liz terhadap fotografi bermula sejak Tahun 6 apabila beliau berjaya menyimpan wang untuk membeli kamera pertamanya.
Beliau memperoleh gred tertinggi dalam subjek fotografi di peringkat General Certificate of Secondary Education (GCSE) iaitu sijil peperiksaan kebangsaan yang biasanya diambil oleh pelajar berumur 15 hingga 16 tahun di England, Wales dan Ireland Utara sebelum menyambung pelajaran A-level dalam bidang itu di Harrogate Grammar School.
Dalam wawancara bersama BBC Radio York, Liz pernah berkongsi bahawa fotografi adalah hobinya sejak kecil.
“Fotografi sentiasa menjadi hobi saya. Saya suka potret dan suka merakam emosi seseorang, menangkap momen itu dalam satu gambar dan mengabadikannya. Saya rasa itu sesuatu yang cukup istimewa,” katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan