Ibu cemas span mekap termasuk dalam hidung anak, rungkai 'misteri' bau busuk


  • Bonda
  • Isnin, 01 Sep 2025

Beberapa ibu pula berdepan detik cemas apabila anak kecil mereka memasukkan pelbagai objek asing ke dalam hidung.

JIKA sebelum ini hanya mendengar kisah orang lain, kini beberapa ibu pula berdepan detik cemas apabila anak kecil mereka memasukkan pelbagai objek asing ke dalam hidung.

Dalam hantaran di laman Threads, seorang wanita, Dzety Ashikin berkongsi cerita dialami anaknya. 

Beliau pada mulanya menyangka anaknya hanya mengalami demam ringan, batuk dan selsema.

BACA LAGI: Ibu bengang puting di mulut bayi kena tampal 'salotape', padahal pengasuh minta bayaran mahal

BACA LAGI: [VIDEO] Bina rumah Orang Asli di Perak dalam masa 3 hari, Ninie, 30 sukarelawan sempurna misi bulan kebangsaan

Namun, keadaan menjadi pelik apabila hidung anaknya mengeluarkan bau busuk.

“Beberapa hari sebelum itu, anak cium pipi saya dan air liurnya berbau sangat busuk. Ingatkan sebab tak gosok gigi di rumah pengasuh.

"Malam semalam, ketika saya cuba korek hidungnya kerana selsema sekali ternampak ada sesuatu berwarna kuning. Bila ditiup keluar, rupa-rupanya span! Bau memang busuk sekali,” katanya.

Kisah hampir sama turut dialami Leezazanuddin, yang berbulan-bulan berulang ke klinik dan hospital kerana hidung anaknya sentiasa berair.

“Doktor kata biasa sahaja. Kami pergi sampai empat, lima klinik dan hospital tetap kata tiada ada. Dekat tiga bulan, tak puas hati, masuk camera baru nampak... rupanya ada span mekap tersumbat dalam hidung. Kali kedua pula, anak masukkan tisu. Nasib baik dia sendiri berjaya hembus keluar,” katanya.

Lebih mendebarkan, seorang ibu, Pearl Inn hampir diserang sakit jantung apabila anaknya cuba memasukkan plastisin ke dalam telinga.

“Anak saya baru berusia tiga tahun. Tiba-tiba dia senyap sambil tangan pegang telinga. Rupanya dia cuba sumbat playdough. Mujur saiznya besar, saya sempat jerit dan tarik keluar. Kalau tidak, memang saya boleh kena heart attack,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Cakenis mengimbas kembali kejadian lucu tetapi berbahaya melibatkan adiknya.

“Adik bongsu saya pernah sumbat kacang tanah ke dalam hidung masa arwah mak tengah sibuk buat kuih. 

"Klinik syak ketumbuhan sebab tak nampak apa-apa. Bila ke hospital, doktor sedut keluar kacang tanah itu. Terkejut semua orang bila nampak benda itu bergerak,” jelasnya.

Sementara itu, Azizatul Aisyah berkongsi pengalaman selepas doktor di Hospital Kulim berjaya mengeluarkan objek asing dari hidung anaknya.

“Naluri seorang ibu memang kuat. Bila nampak sesuatu yang pelik, saya terus bawa anak ke hospital. Mujur cepat dapat rawatan,” tuturnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram