'One of the greatest joys in my life', Zahra Aileen pelengkap hidup Sarah Hildebrand, suami


  • Bonda
  • Khamis, 21 Ogos 2025

Sarah Hildebrand kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulung, Zahra Aileen.

PELAKON dan pengacara terkenal, Sarah Hildebrand, kini secara rasmi bergelar  ibu selepas selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama Zahra Aileen.

Berita gembira itu dikongsikan Sarah di media sosialnya dengan penuh rasa syukur, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kehidupannya sebagai seorang ibu.

Dalam satu kenyataan ringkas, Sarah meluahkan rasa syukur dan kegembiraan.

BACA LAGI: Ruang kerja konsep industrial zen, estetik jadikan ruang kerja di RekaBrick lebih santai

BACA LAGI: [VIDEO] Setiap 1 langkah di jubin pintar nyalakan 10 mentol, jana tenaga elektrik mesra alam

"One of the greatest joys in my life," tulisnya mengenai perasaan pertama kali menjejakkan kaki ke dunia keibuan.

Ungkapan itu cukup menggambarkan betapa berharganya detik kelahiran anak sulungnya yang menjadi pelengkap kebahagiaan rumah tangga Sarah atau nama sebenar beliau Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand.

Sebelum kelahiran Zahra Aileen, Sarah sudah pun berkongsi pengalaman hamil kepada para pengikutnya di Instagram.

Beliau memuat naik beberapa gambar ‘baby bump’ dengan kapsyen penuh rasa syukur, menerima doa serta kata semangat daripada rakan artis dan peminat.

Keterbukaannya berkongsi perjalanan kehamilan itu menjadikan ramai terinspirasi, terutama apabila Sarah sering tampil positif dan ceria walaupun sedang melalui perubahan besar dalam hidup.

Untuk rekod, Sarah Hildebrand mendirikan rumah tangga bersama jejaka berasal dari Amerika Syarikat, David Mackenzie, pada 3 November 2019.

Pasangan itu sering berkongsi momen bahagia bersama, sama ada di Malaysia mahupun di luar negara dan kehidupan mereka sering mendapat perhatian peminat.

Perkahwinan mereka yang sederhana tetapi penuh kasih sayang menjadi titik tolak kepada perjalanan baharu Sarah sebagai seorang isteri dan kini ibu.

Kelahiran Zahra Aileen disambut dengan penuh rasa syukur oleh keluarga, rakan-rakan artis dan peminat yang tidak putus-putus menitipkan doa di ruang komen media sosial.

Rata-rata mendoakan agar bayi comel itu membesar dengan sihat, serta Sarah dan suaminya diberi kekuatan dalam menempuh fasa baru keibubapaan.

Sarah sebelum ini cukup dikenali dalam industri seni tanah air melalui lakonan dalam drama popular dan kerjayanya sebagai pengacara.

Namun kini, babak kehidupannya lebih besar daripada sekadar kerjaya seni iaitu tanggungjawab dan anugerah sebagai seorang ibu.

Terdahulu, sebelum ini pelakon Pujaan Hati Kanda itu dikatakan bersara dari dunia seni dan menyertai unit Tentera Udara Amerika Syarikat sekitar 2022.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram