
PADA zaman moden ini, pejabat bukan lagi sekadar ruang empat segi yang dipenuhi meja dan komputer.
Ia semakin dianggap sebagai 'rumah kedua' yang membentuk budaya kerja, semangat pasukan dan bahkan kesejahteraan mental pekerja.
Menyedari hal itu, syarikat reka bentuk dalaman RekaBrick tampil dengan pendekatan berani iaitu mencipta konsep Industrial Zen yang menggabungkan ketenangan ala Jepun dengan susun atur pejabat industri moden.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Apam balik sedap dooh', 3 influencer luar negara kongsi makanan Malaysia kegemaran
Shadee (kanan) bersama isterinya yang juga pengasas RekaBrick, Liyana Nasir.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RekaBrick, Shadee Hizami, inspirasi konsep itu datang daripada falsafah zen yang menekankan keseimbangan.
Justeru, ruang pejabat RekaBrick bukan sahaja cantik secara estetik, tetapi direka untuk menyokong produktiviti.
Susun atur terbuka dengan banyak sudut perbincangan membolehkan interaksi rentas jabatan berlaku dengan lebih kerap dan semula jadi.
Budaya kerja di RekaBrick berteraskan dua kata kunci iaitu gembira dan produktif.
Pengalaman lampau Shadee bekerja di syarikat multinasional memberinya pengajaran penting bahawa produktiviti tidak boleh dibina semata-mata melalui kerja keras tanpa mengambil kira kesejahteraan manusia.
"Orang boleh jadi produktif, tapi kalau tekanan terlalu tinggi, burnout akan berlaku,” katanya kepada Majoriti.
Atas sebab itu, pejabat RekaBrick dibina dengan suasana santai lengkap dengan studio muzik, ruang kopi, malah buaian untuk berehat.
Falsafahnya mudah, bila hati gembira, produktiviti akan datang dengan sendirinya.
Pejabat RekaBrick dibina dengan suasana santai lengkap dengan ruang kopi.
Budaya kerja di RekaBrick berteraskan dua kata kunci iaitu happy dan produktif.
Tiada cubicle memisahkan staf, tiada protokol ketat yang menyekat komunikasi.
Junior bebas berbincang dengan senior, idea mengalir tanpa sempadan.
Ruang kolaboratif dibina supaya brainstorming boleh berlaku bila-bila masa.
"Satu kepala tak sama dengan dua kepala," kata Shadee, menekankan pentingnya kreativiti berpasukan.
Tiada cubicle memisahkan staf, tiada protokol ketat yang menyekat komunikasi.
Selain menyokong staf, reka bentuk pejabat ini turut memberi kesan positif kepada klien.
Feature wall melengkung yang diinspirasikan daripada seni bina Jepun, pencahayaan hangat serta sudut hijau dengan tanaman hidup menjadikan ruang terasa tenang dan profesional.
"Bila orang datang, mereka terus nampak kualiti kerja kami," tambah Shadee.
Pejabat RekaBrick lengkap dengan studio muzik.
Bagi RekaBrick, reka bentuk bukan sekadar soal kecantikan.
Ia adalah alat untuk memperbaiki gaya hidup kerana pejabat yang selesa dan menyeronokkan bukan sahaja meningkatkan produktiviti staf, tetapi memberi kesan kepada kehidupan peribadi mereka.
"Kalau gembira di pejabat, balik rumah pun aura positif itu terbawa sekali," jelas Shadee.
Reka bentuk pejabat ini turut memberi kesan positif kepada klien.
Untuk membolehkan orang ramai merasai sendiri pengalaman unik itu, RekaBrick menganjurkan Open Day pada 21-24 Ogos ini.
Pengunjung berpeluang melihat sendiri tekstur dinding, kemasan ruang dan menikmati suasana pejabat yang direka dengan teliti.
Lebih menarik, sesi consultation reka bentuk turut ditawarkan secara percuma kepada pemilik rumah atau bakal klien.
Industrial Zen di RekaBrick menjadi bukti bahawa ruang kerja yang dicipta dengan kasih, fungsi dan estetika mampu mengubah budaya kerja. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram