
KRTIKAN adalah sesuatu yang tidak dapat kita elakkan. Ia boleh datang daripada majikan, pasangan atau orang asing di media sosial.
Meskipun pedih didengar, cara kita memberi reaksi sebenarnya lebih penting daripada kritikan itu sendiri.
Individu yang matang tidak mudah melatah atau menyerang balas. Sebaliknya, mereka menggunakan kemahiran psikologi untuk kekal tenang, menjaga maruah diri dan menjadikan pengalaman itu peluang untuk berkembang.
Ambil masa seketika membantu meredakan emosi. — Gambar hiasan/Freepik
Berikut enam perkara yang mereka lakukan:
1. Berhenti sejenak sebelum bertindak balas
Reaksi awal terhadap kritikan biasanya emosional. Orang matang sedar hal ini, lalu mereka mengambil masa seketika sebelum memberi jawapan.
Berhenti sejenak membolehkan emosi reda dan mengelakkan kata-kata yang akhirnya disesali.
2. Memisahkan kritikan daripada harga diri
Kritikan tidak semestinya menilai siapa kita, sebaliknya ia lebih kepada perbuatan atau hasil kerja.
Orang matang tidak melabel diri sebagai 'gagal' hanya kerana ditegur, sebaliknya melihatnya sebagai ruang untuk menambah baik.
3. Bertanya soalan untuk memahami, bukan terus mempertahankan diri
Daripada bersikap defensif, orang matang memilih untuk bertanya soalan seperti 'Boleh beri contoh?' atau 'Apa yang boleh diperbaiki?'
Ini menunjukkan kesediaan untuk mendengar dan memahami, bukannya sekadar mahu menang hujah.
Orang yang matang tidak akan membiarkan rasa sakit dikritik mengawal diri mereka. — Gambar hiasan/Freepik
4. Menapis antara teguran membina dan ‘bunyi bising’
Tidak semua kritikan relevan. Orang matang menilai sama ada teguran itu benar atau tidak, boleh membantu perubahan atau selari dengan nilai diri.
Ambil yang mana bermanfaat sahaja dan biarkan yang sebaliknya.
5. Mengawal tubuh selain minda
Kritikan bukan hanya memberi kesan pada fikiran, tetapi juga tubuh seperti dada terasa sempit atau wajah bertukar menjadi kemerahan.
Orang matang sedar akan isyarat tubuh ini dan menenangkan diri dengan bernafas dalam atau merehatkan otot supaya fikiran kembali rasional.
6. Memberi respons berdasarkan nilai, bukan emosi semata-mata
Daripada membalas ikut marah atau malu, mereka berpandukan nilai diri seperti hormat, kesabaran dan keinginan untuk berkembang.
Inilah yang membantu mereka menjadikan kritikan sebagai latihan membina karakter, bukan sekadar luka hati.
Kritikan memang menyakitkan, tetapi individu yang matang tidak membiarkan rasa sakit itu menguasai diri.
Sebaliknya, mereka menjadikan kesakitan itu sesuatu yang berguna.
Dengan enam langkah ini, kita dapat mengubah kritikan daripada musuh menjadi guru, sekali gus melatih diri menjadi lebih kuat dan bijak mengawal keadaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram