
CABARAN dalam rumah tangga dating dalam pelbaga bentuk. Ada pasangan bergelut dengan masalah kewangan, ada pula yang berdepan masalah komunikasi.
Namun, berbeza pula dengan cabaran yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Alip di laman blog IIUMC.
Menurutnya, beliau berdepan hidup bersama isteri yang terlalu manja, bergantung penuh padanya dan sangat mudah terganggu emosi.
BACA LAGI: Tidur lebih lama hujung minggu bantu kurangkan risiko sakit jantung hingga 20 peratus
Disarankan agar pasangan berdepan isu sebegini segera mendapatkan khidmat psikiatri. — Gambar hiasan/Freepik
Perkongsian itu dibuat selepas seorang pengguna bernama Mad berkongsi masalah serupa di platform sama.
Katanya, sifat manja isterinya bertukar lebih serius Ketika datang haid, ovulasi dan semasa hamil sehingga mencetuskan krisis emosi yang sukar dikawal.
"Ini sangat betul. Isteri saya sangat manja emosinya bergantung dengan saya sepanjang masa. Semakin teruk ketika Sindrom Prahaid (PMS) pada awal haid dan semasa ovulasi serta semestinya semasa mengandung terutama sekali ketika dua trimester pertama," kongsi beliau.
Keadaan bertambah rumit apabila isterinya pernah melontarkan ugutan untuk 'mengambil' nyawanya sendiri Bagi Alip, situasi itu membuatkan beliau tidak mampu bertindak tegas kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini.
“Ayat seperti ‘lebih baik mati’ dah biasa saya dengar. Nak ambil risiko abaikan saja ugutan dia? Kalau memang jadi apa-apa, kau mampu nak tanggung? Kalau saya tegur? Ia akan jadi lebih teruk!
"Saya sifatkan ini sebagai tantrum. Apabila tantrumnya tercetus, dengar saya bernafas pun salah!” jelasnya.
Alip memaklumkan isterinya telah didiagnosis dengan Major Depressive Disorder (MDD) dan sedang menjalani rawatan.
Penggunaan ubat membantu mengawal keadaan, namun kehamilan membataskan pilihan rawatan yang selamat.
“Kami dah jumpa doktor. Memang isteri saya ada MDD. Sekarang makan ubat, jadi tantrum dia dah kurang. Cuma apabila hamil, tak disyorkan makan ubat psikiatri. Tapi dia makan juga cuma ubat lain yang paling selamat untuk bayi dan kami tawakkal tiada kesan pada bayi,” katanya.
Meskipun rawatan membantu, Alip tetap mengakui keletihan kerana perlu berhadapan dengan emosi yang tidak menentu.
Beliau juga sedar trauma masa lalu serta layanan tidak adil daripada ibu bapa mungkin menjadi faktor yang membentuk keadaan isterinya hari ini.
Justeri, Alip dalam penutup perkongsian turut memberi pesanan kepada Mad agar tidak berlengah mendapatkan bantuan pakar.
“Untuk Mad, saya cadangkan jumpalah psychiatrist. Mungkin isteri awak juga sama, cuma awak hebat semasa dia tak mengandung, awak masih dapat hadap tantrumnya dan tak perasan pun dia ada masalah mental. Mungkin ada trauma lama yang sebabkan dia jadi macam tu,” tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram