Pertama kali ke layak perak terus 'dirasuk', pengalaman baharu buat adik Daniel Aqil


  • Hiburan
  • Selasa, 29 Jul 2025

Ibunya Fazliatun banyak membimbing, memahami skrip dan menyediakan latihan lakonan khas sebelum Daniel membintangi filem seram Munajjim: Sekutu Iblis (kiri).

DI sebalik keberanian pelakon cilik baharu, Daniel Aqil Faizul membawakan watak mencabar dalam filem seram Munajjim: Sekutu Iblis, tersembunyi sokongan kuat daripada ibu bapanya yang turut sama terlibat dalam pembikinan filem itu.

Ibunya, Fazliatun Abd. Wahab bukan sahaja menjadi editor filem tersebut, malah turut membantu dari awal termasuk membimbing Daniel memahami skrip dan menyediakan latihan lakonan khas untuknya.

“Kami memang support dia dan hantar kelas lakonan bersama Prof. Madya Aminah Abd. Rhapor, khas untuk kanak-kanak. Kelas itu memang disusun supaya lebih bersedia bawa watak dalam filem ni. Daniel pula cepat belajar,” katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Walau ego dia tetap pujuk', bukan kesempurnaan, tapi usaha saling jaga hati 'resipi' bahagia rumah tangga Uqasha, Kamal Adli

BACA LAGI: [VIDEO] 'Walau ego dia tetap pujuk', bukan kesempurnaan, tapi usaha saling jaga hati 'resipi' bahagia rumah tangga Uqasha, Kamal Adli

Daniel sebelum ini pernah muncul dalam beberapa iklan, tetapi filem Munajjim:Sekutu Iblis menjadi debut lakonan pertamanya di layar perak. 

Menurut Fazliatun, Daniel memiliki minat mendalam terhadap lakonan dan menyuarakan hasrat kepada bapanya, Faizul A. Rashid, yang juga pengarah filem berkenaan.

"Dia ada tanya, ‘Daddy, boleh tak nak jadi pelakon?’ Tapi sebelum terima watak ni, kami tengok dulu sama ada sesuai atau tidak dengan umur dan kemampuan dia," katanya.

Watak yang dilakonkan kanak-kanak berusia 10 tahun itu bukanlah mudah, apatah lagi dia perlu menjayakan babak dirasuk iaitu sesuatu yang cukup mencabar bagi pelakon cilik. 

Lebih menarik, penggambaran filem itu turut diselubungi pelbagai pengalaman misteri.

Menceritakan lebih lanjut, Faizul mengakui alami kejadian mistik disebalik pembikinan filem ini. 

"Ada satu masa tu, anak buah produksi hilang sebentar, cakap tengah main dengan kawan, tetapi kami tak nampak pun kawan dia ni," katanya. 

Filem mengetengahkan kisah keluarga terlalu percaya bomoh sehingga sanggup bersekutu dengan makhluk halus itu turut dibintangi Farid Kamil (kiri) dan Sherrie Merlis (dua dari kiri).

Untuk rekod, Filem Munajjim: Sekutu Iblis mengetengahkan kisah keluarga yang terlalu mempercayai bomoh sehingga sanggup bersekutu dengan makhluk halus demi menyelesaikan masalah hidup. 

Ia turut menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Farid Kamil, Uqasha Senrose, Che Puan Juliana Evans, Mustaqim Bahadon, Sherrie Merlis dan Daniel Aqil.

Farid Kamil, yang membawakan watak utama turut berkongsi pengalamannya yang sanggup tinggal bersendirian selama 25 hari di banglo lama demi mendalami watak Ayden.

“Malam pertama tak boleh tidur. Malam kedua pun sama. Masuk malam ketiga baru saya boleh lelap sikit. Semua ini saya buat untuk hayati watak sepenuhnya,” katanya.

Diterbitkan oleh Yusrych Global Sdn. Bhd., filem yang bakal ditayangkan bermula Khamis ini diinspirasikan daripada kisah benar dan cuba membuka mata penonton tentang amalan syirik yang masih berlaku dalam masyarakat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram