Status keberadaan ahli keluarga kini di hujung jari, info lokasi, kesihatan boleh dipantau dari aplikasi


  • Bonda
  • Khamis, 24 Jul 2025

Ibu tidak perlu lagi gelisah kerana setiap langkah anak kini boleh diawasi melalui aplikasi. - Gambar Hiasan

DUNIA hari ini bergerak terlalu pantas. Kesibukan membelenggu kehidupan masyarakat moden sehinggakan keberadaan insan tersayang juga memerlukan pemantauan secara digital. 

Apabila kita semua mempunyai jadual yang berbeza, perkongsian lokasi amat membantu. Ia bukan sahaja solusi bijak, maklumat lokasi juga memiliki kelebihan dari segi keselamatan.

Kini dengan kemajuan teknologi, komunikasi dengan yang tersayang adalah lebih mudah. Aplikasi lokasi seperti iSharing dapat membantu keluarga untuk terus berhubung dan rasa selamat sepanjang hari.

Ada lima situasi yang mana aplikasi lokasi boleh dimanfaatkan secara optimum. 

BACA LAGI: Keselamatan anak terjamin, ibu kongsi tip jenis 'car seat' boleh bawa naik kabin pesawat

BACA LAGI: JPN tegaskan pengawal keselamatan tak berhak minta, imbas IC orang awam

1. Penyelarasan waktu ambil anak di sekolah

Waktu mengambil anak dari sekolah sering menjadi saat paling mencabar buat ibu bapa yang bekerja. 

Ditambah dengan kesesakan jalan raya dan anak pula sudah tidak sabar menunggu,  perkongsian lokasi masa nyata membantu mengurangkan tekanan ini.

Kini, ibu bapa boleh tahu bila anak keluar kelas, menaiki bas atau sedang berjalan pulang. 

Aplikasi iSharing yang diperkemaskan dengan kemampuan menyimpan sejarah lokasi selama 90 hari, ia antara tempoh terpanjang dalam industr. 

Oleh itu, ibu bapa boleh menyemak keberadaan anak pada setiap hentian yang dilakukan, termasuklah lokasi terakhir. 

Bagi keluarga yang berkongsi tanggungjawab mengambil anak, semua boleh melihat siapa dalam perjalanan, siapa sudah tiba dan bila semua boleh pulang bersama. 

2. Keselamatan waktu pulang petang

Apabila ahli keluarga berada di lokasi berbeza pada waktu petang, perkongsian lokasi membolehkan ibu bapa memantau anak atau pasangan.

Fungsi penjimatan bateri memastikan lokasi masih dikongsi walaupun telefon kehabisan tenaga.

Jika ada ahli keluarga yang pemandu, laporan memandu akan memberi laporan penilaian mengenai kelajuan, brek, pecutan dan penggunaan telefon semasa memandu.

Jika ada perubahan perjalanan, peta lokasi akan dikongsi sebagai memberikan gambaran segera.

3. Lindungi warga emas tanpa ganggu privasi

Keinginan menjaga ibu bapa atau datuk nenek yang tinggal bersendirian kian menjadi situasi kebiasaan untuk kehidupan di bandar. 

Namun, asyik kerap menelefon boleh mengganggu ketenteraman orang tua. 

Perkongsian lokasi menjadi penyelesaian apabila ahli keluarga boleh memantau secara senyap tanpa mengganggu rutin harian.

Mereka bebas berjalan ke pasar atau ke pusat komuniti, sementara anak dewasa dapat mengesan sekiranya berlaku sesuatu yang luar biasa seperti pergerakan ganjil atau tiada pergerakan langsung. 

Aplikasi iSharing juga membantu mengesan perubahan rutin yang mungkin menandakan masalah kesihatan.

4. Koordinasi aktiviti keluarga hujung minggu

Aktiviti keluarga di tempat awam sering menjadi kelam-kabut apabila semua mahu bergerak bebas. 

Dengan perkongsian lokasi, ahli keluarga boleh berpecah tanpa ada rasa risau jikalau ada yang tersesat.

Ibu bapa dan anak-anak boleh disatukan semula jika terpisah, ahli keluarga yang 'lupa' jalan pulang boleh dikesan melalui perkongsian lokasi di aplikasi. 

Untuk percutian besar, ciri ini turut bantu menetapkan lokasi makan, masa bertolak atau kesan ahli yang suka berjalan sendiri. Anak remaja pun boleh menjelajah dengan selamat sambil kekal berhubung.

5. Bersedia untuk kecemasan

Dalam situasi genting seperti bencana, kemalangan atau kehilangan ahli keluarga, lokasi masa nyata memberi kejelasan segera. 

Ibu bapa tahu anak selamat di sekolah atau warga emas telah tiba di rumah sebelum cuaca buruk.

Ciri rakaman bunyi latar semasa isyarat kecemasan menambah konteks apabila mangsa tak mampu bersuara. Maklumat ini boleh jadi penyelamat dalam tindakan pantas.

Dalam dunia yang serba mencabar, perkongsian lokasi antara keperluan penting demi kesejahteraan insan tersayang. 

Walau di mana sahaja ahli keluarga anda berada, mengetahui yang mereka berada dalam keadaan selamat pastinya melegakan. 

 

 — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram