Sukakan aroma kayu, bunga dan lautan? Ini 4 wangian baharu yang patut anda cuba


  • Gaya
  • Jumaat, 25 Jul 2025

Fleur Majesty Rose Royal oleh Kayali antara wangian terbaharu inspirasi floral. —  Kayali

PENAMPILAN tidak lengkap tanpa wangian yang menambah pesona kepada keseluruhan gaya.

Sama ada mahu ke pejabat, membeli-belah atau pun sekadar melakukan aktiviti ringan di luar, semburan haruman menjadi pelengkap gaya harian.

Lebih-lebih lagi dengan cuaca di Malaysia yang sangat panas, tanpa wangian, tudbuh badan pasti akan memberi bau yang tidak menyenangkan pada orang sekeliling.

Justeru, pemilihan wangian yang tepat memainkan peranan agar badan sentiasa segar dan wangi.

BACA LAGI: Kempen unik jenama permaidani India tarik perhatian dunia, gelanggang tenis jadi 'The Court of Carpets'

BACA LAGI: [VIDEO] Perkongsian hati Timur Gabriel, dari trauma kanak-kanak ke impian bahagiakan ibu

Bagi musim panas kali ini, lima wangian daripada empat jenama terkenal hadir dengan aroma yang diinspirasikan oleh alam semula jadi iaitu bau kayu, bunga dan udara di tepi laut.

Berikut Majoriti senaraikan cadangan haruman untuk melengkapkan gaya harian anda:

 

1. Fleuriste - COS (100ml, RM 430)

Wangian ini pula menggabungkan kombinasi floral yang lembut dan kasturi, diserlahkan dengan elemen kayu moden.

Kedua-dua wangian tersebut ditawarkan dalam botol 100 milimeter (ml), manakala saiz travel didatangkan dengan 15ml serta set discovery untuk anda yang suka bereksperimen dengan teknik layering.

2. Blue Hinoki – Tamburins

Jenama dari Korea Selatan melancarkan koleksi Blue Hinoki yang direka untuk menggambarkan bau kayu semula jadi yang dicampur dengan udara laut dan sedikit rasa garam untuk menambah kesegaran.

Haruman ini dibuka dengan nota segar kayu hinoki, pine oil dan bergamot sebelum dihangatkan dengan resin olibanum yang dipanggang di bawah cahaya matahari.

 

3. Fleur Majesty Rose Royal - Kayali (100ml, RM795) | (50ml, RM576) | (10ml, RM185)

Untuk anda yang sukakan aroma floral yang halus dan romantik, Fleur Majesty Rose Royal ialah pilihan yang tepat. 

Ia adalah haruman bunga bertekstur bedak yang halus, membangkitkan suasana golden hour di taman bunga.

Tidak hanya wangi, botolnya yang berwarna merah jambu dan ungu serta penutupnya dihiasi dengan batu permata juga mencantikkan lagi meja solek anda.

4. L’Eau d’Issey Pour Homme Eau de Parfum - Issey Miyake (75ml, RM400) | (125ml, RM560)

Dihasilkan oleh Sophie Labbé untuk jenama Issey Miyake, wangian ini merupakan gabungan segar dan hangat dalam satu botol.

Ia bermula dengan letusan lemon dan lada Sichuan, disusuli hati berasaskan nota akuatik dan diakhiri dengan kayu cedar dan balsam fir yang mendalam dan tahan lama.

Wangian ini sesuai untuk lelaki yang mahu tampil maskulin, tetapi tetap bersih dan moden.

Dari wangian yang berasaskan kayu, bunga hingga ke laut, enam koleksi ini membuktikan bahawa haruman bukan sekadar aksesori tambahan, malah ia adalah salah satu cara untuk mengekspresikan diri.

Sama ada anda sukakan yang segar, lembut atau hangat, pasti ada satu yang sesuai dengan gaya dan emosi anda.

Inilah masa untuk anda mengemas kini koleksi wangian anda dan cipta momen baharu. —  Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram