
DALAM dunia yang penuh dengan kesibukan dan tekanan, aromaterapi muncul sebagai satu saluran semula jadi bantu memulihkan keseimbangan minda dan emosi.
Vanessa dari Frano, seorang pakar dalam bidang minyak pati, berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam sebuah bengkel aromaterapi yang diadakan di M-Social Resort Penang, Pulau Pinang.
Fokus untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan, Vanessa memperkenalkan cara menggunakan minyak pati dengan selamat dan bagaimana memanfaatkan wangian untuk menenangkan fikiran dan bantu meningkatkan imuniti.
BACA LAGI: Dunia ‘influencer’ tidak lari dari kritikan, cara tindak balas cerminan siapa kita - Khainina
BACA LAGI: Banglo setingkat kembali jadi idaman, 4 reka bentuk paling mendapat permintaan
Vanessa mendedahkan kepada Majoriti bahawa cara aromaterapi boleh menjadi penyelesaian praktikal untuk kehidupan moden yang mencabar.
Memahami kuasa aromaterapi dalam mengurangkan tekanan
Vanessa menjelaskan bahawa wangian tertentu mempunyai keupayaan bantu mempengaruhi sistem limbik otak, iaitu pusat kawalan emosi.
"Aroma seperti lavender dan sitrus bantu merangsang ketenangan dan kejelasan mental," katanya.
Dengan menghirup wangian itu, sistem saraf boleh distabilkan, membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan fokus.
Bengkel tersebut bertujuan memperkenalkan kepada peserta pelbagai minyak pati, sekali gus membolehkan mereka mencuba dan memilih wangian paling sesuai untuk keperluan peribadi.
Vanessa menjelaskan bahawa wangian tertentu mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi sistem limbik otak. — Instagram/Vanessa_cwy
Minyak pati bantu atasi kegelisahan, keletihan emosi
Bagi mereka yang sering mengalami kegelisahan atau keletihan emosi, Vanessa mencadangkan penggunaan minyak seperti lavender dan sitrus.
Lavender terkenal dengan sifat menenangkannya membantu mengurangkan rasa cemas dan meningkatkan kualiti tidur.
Aroma sitrus pula bantu meningkatkan sistem imun dan memberikan tenaga positif menyegarkan.
Dengan memilih minyak yang tepat, seseorang dapat meredakan tekanan dan mengembalikan keseimbangan emosi secara semula jadi.
Vanessa berkongsi pengetahuan dan pengalamannya dalam sebuah bengkel aromaterapi yang diadakan di M-Social Resort Penang.
Aroma sesuai untuk menenangkan fikiran selepas hari yang meletihkan
Selepas melalui hari yang penuh cabaran, aroma lembut dan menenangkan seperti geranium dan lavender sangat sesuai untuk digunakan.
Vanessa berkongsi bahawa pada waktu pagi, beliau lebih gemar aroma menyegarkan seperti lemon atau limau nipis untuk memberikan tenaga dan semangat.
Sebaliknya, pada waktu malam, aroma bunga manis seperti geranium dan lavender membantu menenangkan fikiran dan menyediakan tubuh untuk rehat berkualiti.
Pilihan aroma itu sangat peribadi dan bergantung kepada keselesaan individu, oleh itu eksperimen dan pemahaman terhadap aromaterapi adalah penting untuk mendapatkan manfaat maksimum.
Dengan ilmu dan pengalaman dikongsikan, jelas bahawa aromaterapi merupakan satu cara semula jadi berkesan untuk meningkatkan kesejahteraan dan membawa ketenangan dalam kehidupan yang sibuk hari ini.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram