Membongkar 7 mitos tentang alergi haiwan, alahan serius boleh menyebabkan kematian


  • Sihat
  • Isnin, 21 Jul 2025

Anda mungkin mengalami simptom alergi haiwan tanpa disedari

HAIWAN peliharaan sering dijadikan peneman dikala sunyi. Namun, bagi sesetengah orang, mereka mungkin akan mengalami ketidak selesaan akibat reaksi fizikal daripada alahan yang dicetus oleh kehadiran haiwan peliharaan.

Berikut adalah antara tanggapan salah terhadap alergi dan kaitannya dengan haiwan peliharaan.

Mitos 1: Bulu haiwan punca alergi

Alergi pada bulu haiwan adalah kesalahfahaman paling utama. “Saya rasa terma ‘alergi haiwan’ adalah lebih sesuai,” kata Anja Schwalfenberg dari Persatuan Alergi dan Asma.

Bulu haiwan bukanlah punca untuk reaksi tercetus. Sebaliknya, pesakit hanya bertindak balas terhadap blok protein tertentu yang dikenali sebagai alergen.

Ia terdapat dalam debu kulit, termasuklah di dalam air liur, air kencing dan bulu haiwan itu sendiri. Sebagai contoh, apabila seekor kucing membersihkan diri, alergen yang terbebas akan memenuhi udara sekeliling.

BACA LAGI: Manfaat pelihara haiwan, pupuk disiplin, rangsang kemahiran motor kanak-kanak

BACA LAGI: Kucing hanya ada kita seumur hidupnya’, pencinta bulus saja faham kenapa gesel di kaki, tidur lena di sisi

Mitos 2: Alergi haiwan tidak merbahaya

Salah! Ada beberapa tahap bahaya, dari gatal pada bahagian mata, hidung dan sehinggalah menyebabkan kematian,” kata Thomas Fuchs pakar alergi dan professor perubatan di Universiti Perubatan Göttingen, Jerman.

Simptom biasa termasuklah mata gatal atau berair, kegatalan kulit, selsema dan bersin. Tambah beliau, “Dalam kes yang teruk, anda tidak dapat bernafas.”

Namun, alergi tidak semestinya bermula serta-merta. “Ianya boleh berlaku ketika anda berada di luar pintu rumah seseorang dan mula batuk, tanpa menyedari akan kehadiran seekor kucing di dalam rumah tersebut.”

Alahan pada haiwan memberi kesan signifikan terhadap pesakit yang lebih cenderung untuk menghidap penyakit alergi seperti alergi rhinitis (alergi debunga), asma atau neurodermatitis.

Mitos 3: Lagi pendek bulu haiwan, lagi kurang risiko alahan

Ianya tidak dapat digeneralisasikan secara keseluruhan. “Terdapat perbezaan berdasarkan individu dalam kepekatan alergen,” kata Anja Schwalfenberg. Tahap kepanjangan bulu bukan penyebab alergi.

Berdasarkan kajian, kandungan alergen pada beberapa baka yang berbeza, adalah tidak sama. Sebagai contoh, pesakit alergi perlu menjauhkan diri daripada anjing jantan kerana para penyelidik telah mengenalpasti bahawa ia menghasilkan lebih banyak alergen berbanding anjing betina.

Mitos 4: Baka haiwan peliharaan tidak mempengaruhi alergi

Kajian yang menguji konsentrasi alergen di dalam 190 rumah yang membela anjing biasa dan baka hipoalergenik telah mengenalpasti bahawa jumlah konsentrasi alergen adalah sama.

Contohnya, kucing tidak berbulu seperti Sphynx atau anjing Kriting Cina tidak akan membantu juga kerana bukannya bulu mereka yang menyebabkan alergi.

Asian young girl holdingkittens in the parkHappy child in nature during the summer. Cats and family. Friendship and childhood memory.

Pantau anak-anak yang menghidap selesema dalam jangka masa panjang, ia mungkin kesan alahan dicetuskan oleh haiwan peliharaan. - Gambar Hiasan/Freepik

Mitos 5: Saya tidak terkesan sebab tidak memiliki haiwan peliharaan

"Jika anda fikir kalau sedang bercuti dipinggir pantai atau di gunung-ganang, akan menyelamatkan anda daripada alergi, anda tersilap!” kata Fuchs. “Zarah daripada haiwan yang melekat pada pakaian tuan mereka kadang kala sudah cukup untuk menyebabkan alergi tidak berkurangan. Contohnya ketika dalam lif ataupun sewaktu sedang duduk bersebelahan dengan pembela kucing, kemudian anda batuk secara tiba-tiba tanpa mengetahui sebabnya,” kata dermatologis itu.

Mitos 6: Anda terpaksa hidup dengan alahan

Tidak, terdapat cara untuk teruskan kehidupan dengan alergi haiwan. Ubat alergi, ubat titik mata dan semburan nasal dapat membantu melegakan simptom. Untuk simptom yang lebih teruk, inhaler dengan agen anti radang dapat membantu pesakit asma.

Ujian kulit atau ujian darah khas boleh mengenalpasti tahap sensitiviti alergi anda. Walaupun ubat itu secara amnya boleh diterima dengan baik, ia juga berpotensi untuk menyebabkan kesan sampingan jangka masa panjang. Sebagai contoh, rawatan jangka masa panjang dengan cortisone boleh menyebabkan osteoporosis atau kerapuhan tulang.

Mitos 7: Jika tidak lagi menjaga haiwan peliharaan, masalah saya akan selesai

Walaupun ia mungkin pilihan yang sukar, pihak pakar sarankan anda untuk berhenti menjaga haiwan peliharaan. “Alergen terutamanya pada kucing adalah sangat mudah dibawa oleh udara dan kekal dalam masa yang lama,” menurut biologist Schwalfenberg. The Star/KATJA SONHOLZ

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram