
INDUSTRI fesyen tempatan semakin berkembang dengan kemunculan ramai pereka muda yang berani dan berbakat.
Kehadiran mereka merancakkan lagi industri berkenaan di Malaysia. Namun dalam semangat mencipta nama, ada yang terlalu cepat mahu melancarkan label sendiri tanpa pengalaman yang cukup.
Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemain industri, termasuklah Pengasas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), Andrew Tan yang melihat trend ini sebagai satu langkah yang terburu-buru dan berisiko.
BACA LAGI: Batik 'revival' Nu Bellaas, digitalisasi warisan cara wanita KL pikat gaya generasi muda
BACA LAGI: Lapan rekaan terbaharu Divas’ Dream, Bvlgari ambil inspirasi warisan Rom
Pereka muda disarankan untuk bekerja dan menimba pengalaman dalam industri fesyen terlebih dahulu sebelum memulakan jenama sendiri.