[VIDEO] Masih tak reti pujuk walau dikelilingi 5 'puteri', momen bapa berbual mesra bersama anak buat ramai 'cemburu'


  • Bonda
  • Khamis, 26 Jun 2025

Momen mereka berborak bersama menjadi inspirasi buat ramai warga maya. — @bondaumirahtaib

BUKAN mudah menjadi seorang bapa, apatah lagi jika dikelilingi oleh anak-anak perempuan yang sering disinonimkan individu 'kuat merajuk'.

Namun, cabaran itu tidak menghalang usaha untuk membina hubungan keluarga yang rapat dan saling memahami.

Itu dikongsikan oleh bapa kepada tujuh orang anak yang mana lima daripadanya perempuan dalam satu video tular di TikTok dimuat naik isterinya, @bondaumirahtaib.

BACA LAGI: [VIDEO] Sanggup berjaga awal pagi setiap kali peperiksaan, anak penjual jerami berkorban demi biasiswa ke universiti

BACA LAGI: Seni mural flora 3D penyeri dinding ruang tamu, kelopak bunga tampak timbul guna teknik 'texture paste'

Dalam rakaman tersebut, lelaki berkenaan dilihat berbual santai bersama anak-anak perempuannya dalam suasana mesra yang mencuit hati warga maya.

Perbualan itu diselitkan juga dengan nasihat, gurauan dan luahan rasa seorang bapa yang mahu membentuk ikatan keluarga yang sihat secara emosional.

“Kita sembang pasal ketakutan ayah. Permintaan ayah yang pertama ialah jangan merajuk sampai ayah kena pujuk sebab ayah tak pernah ada pengalaman pujuk.

“Bonda pun tak pernah merajuk. Ayah risau kalau anak perempuan merajuk nanti ayah nak buat apa?” katanya dengan nada berseloroh.

Walaupun disampaikan dalam nada bergurau, mesejnya cukup jelas.

Figura bapa bukan sekadar pencari nafkah, tetapi juga perlu menjadi teman berbual yang memahami emosi anak-anak.

Perbualan turut mencuit perhatian apabila si bapa melakonkan senario masa depan mengenai bagaimana reaksinya jika anak-anak mahu mengenalkan pasangan mereka.

Pendekatan santai, namun terbuka itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang menyokong cara komunikasi terbuka antara bapa dan anak.

Rata-rata warga maya memuji momen keluarga tersebut.

“Seronok dapat borak dengan anak-anak macam kawan. Rasa lebih dapat mendalami emosi mereka,” kata @madamririr.

“Apabila tak ada gajet, inilah perbualan paling mahal sesama keluarga,” komen @beautiful light.

Lebih menarik, ada juga netizen yang melihat sosok bapa berkenaan sebagai contoh yang wajar diikuti.

“Lelaki ini memang betul-betul berjaya dalam hidup. Saya sendiri teringin nak belajar daripada dia. Semua yang tengok video ini, terutamanya golongan lelaki muda, kita patut jadikan lelaki macam ni sebagai contoh. Sangat berkelas, benar-benar seorang gentleman," ujar @dinielifts.

"Isteri yang baik, anak-anak yang baik, keluarga yang baik – tapi semua itu takkan berlaku tanpa lelaki hebat seperti dia," kata @zynnzoontt. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram