Sesi melukis 'still life' diiringi persembahan muzik, galak penyertaan anak muda dekati seni kontemporari


  • Hias
  • Khamis, 19 Jun 2025

Pakhruddin Sulaiman membuktikan bahawa seni boleh diangkat ke tahap lebih tinggi melalui kolaborasi, pendedahan koleksi peribadi dan penglibatan aktif komuniti.

SATU acara seni unik bertajuk 'Still Live' berlangsung dengan meriah di Toffee, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, dari pukul 4 petang hingga 8 malam.

Acara itu menampilkan sesi lakaran langsung diiringi persembahan muzik serta pameran koleksi peribadi Pakhruddin Sulaiman, seorang pengumpul seni kontemporari terkenal di Malaysia.

Pakhruddin Sulaiman, yang juga pemandu lawatan khas pameran UR-MU di tingkat enam itu, berkongsi cerita dan maklumat tentang 102 karya seni daripada 15 artis kontemporari tempatan.

BACA LAGI: Kawasan bandar baharu di pinggiran Lembah Klang, akses pengangkutan awam jadi keutamaan pembeli

BACA LAGI: Sentuhan warna vibrant, kayu unik penyeri ruang rumah Norsyela

Acara itu menampilkan 102 karya seni daripada 15 artis kontemporari tempatan.

Konsep utama acara

Menurut Pakhruddin Sulaiman kepada Majoriti, konsep utama sesi kali ini adalah untuk menggabungkan elemen 'still live' atau lakaran langsung suasana petang, terutamanya ketika matahari terbenam, diiringi muzik oleh tiga kumpulan pemuzik.

Acara itu bertujuan memberi pengalaman seni holistik, yang mana pengunjung dapat menikmati keindahan senja sambil menyaksikan proses kreatif artis menghasilkan karya secara langsung di hadapan mereka.

Acara itu fokus diberikan sepenuhnya kepada koleksi seorang pengumpul.

Walkthrough koleksi peribadi

Acara dimulakan dengan sesi istimewa iatu 'guided tour' pameran UR-MU di tingkat enam, yang dikendalikan sendiri oleh Pakhruddin Sulaiman.

Beliau berkongsi naratif dan kisah di sebalik 102 karya seni oleh 15 artis kontemporari Malaysia, menonjolkan karya-karya awal mereka yang jarang dipamerkan kepada umum.

Berbeza dengan pameran sebelum ini, acara itu fokus diberikan sepenuhnya kepada koleksi seorang pengumpul, memberikan perspektif peribadi dan mendalam tentang perkembangan seni rupa tempatan.

Antara karya menonjol ialah empat potret besar bertajuk 'Reformasi Kotet', yang menampilkan ekspresi wajah penuh emosi marah, kecewa dan keliru. 

Ekspresi Karya

Tema utama pameran ialah 'tubuh', yang mana figura tubuh manusia digunakan sebagai medium ekspresi pelbagai isu seperti politik, identiti, perjuangan dan kekecewaan. 

Antara karya menonjol ialah empat potret besar bertajuk 'Reformasi Kotet', yang menampilkan ekspresi wajah penuh emosi marah, kecewa dan keliru. 

"Melalui figura tubuh, artis-artis ini mengekspresikan fahaman mereka tentang politik, identiti dan perjuangan yang sangat dekat dengan kehidupan kita," katanya.

Ia hasil daripada konflik politik besar antara tokoh utama negara pada era 1990-an. 

Karya-karya itu bukan sekadar visual, tetapi sarat dengan makna dan refleksi terhadap sejarah serta aspirasi masyarakat Malaysia.

Kehadiran ramai anak muda pada acara itu membuktikan minat dan apresiasi yang semakin meningkat terhadap seni kontemporari tempatan. 

Impak kepada komuniti muda

Pakhruddin menekankan harapan agar acara seperti itu dapat diteruskan secara berterusan, khususnya untuk memberi pendedahan seni rupa kepada golongan muda.

Kehadiran ramai anak muda pada acara itu membuktikan minat dan apresiasi yang semakin meningkat terhadap seni kontemporari tempatan. 

"Saya lihat ramai anak muda hadir dan ini sangat menggalakkan. Pendedahan seni rupa kepada generasi muda adalah penting supaya mereka boleh menghayati dan menyokong seni tempatan," jelasnya lagi.

Beliau percaya bahawa pendedahan sebegini penting untuk memupuk generasi baharu yang lebih menghargai dan memahami seni, seterusnya menyumbang kepada zaman kegemilangan seni Malaysia di masa hadapan.

Live Drawing merupakan cabaran besar buat artis, namun ia juga menjadi ruang pembelajaran dan pendedahan baik untuk artis profesional.

Apresiasi Seni

Salah satu keunikan acara itu ialah gabungan antara seni visual, muzik, dan sesi diskusi seni.

Pakhruddin berpendapat bahawa formula itu wajar diteruskan kerana ia menjadikan acara lebih menarik dan interaktif, berbanding pameran seni konvensional.

Live Drawing merupakan cabaran besar buat artis, namun ia juga menjadi ruang pembelajaran dan pendedahan baik untuk artis profesional mahupun mereka yang baru berjinak-jinak secara tidak formal dalam bidang seni.

Acara Live Sketch bersama Pakhruddin Sulaiman membuktikan bahawa seni boleh diangkat ke tahap lebih tinggi melalui kolaborasi, pendedahan koleksi peribadi dan penglibatan aktif komuniti.

Dengan sokongan serta minat yang semakin meluas, terutamanya daripada golongan muda, masa depan seni rupa Malaysia dilihat semakin cerah dan penuh potensi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram