
SEORANG ibu mungkin nampak lemah, tetapi setiap patah kata yang meluncur keluar daripada mulutnya memiliki kuasa yang tidak terjangka.
Dalam diam dan air mata, doa-doa yang dititipkan kepada anaknya menjadi pelindung dan pendorong untuk berjaya.
Itulah amalan yang cuba ditanamkan oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menerusi satu hantaran di media sosialnya pada Rabu.
BACA LAGI: Mulut berbau bukan biasa-biasa, petanda masalah dalaman — Pakar
Dalam hantaran itu, beliau turut memetik sabda Nabi SAW yang menunjukkan betapa besarnya kuasa doa ibu bapa kepada anak, setaraf dengan doa orang yang dizalimi dan orang yang bermusafir.
"Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nai SAW bersabda: Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya," — Hadis Riwayat Ibn Majah.
Berikut enam doa ringkas yang disarankan oleh Ustazah Asma’ untuk diamalkan oleh para ibu:
1. Doa agar peroleh zuriat yang baik
ربِ هب لِى مِن لدُنك ذُرِيةۭ طيِبة ۖ إِنك سمِيعُ ٱلدُعآءِ
Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".
(Surah Ali-Imran ayat 38)
2. Doa agar anak diberi rahmat dan sifat-sifat kebaikan
Firman ALLAH SWT
ربِ أوزِعنِىٓ أن أشكُر نِعمتك ٱلتِىٓ أنعمت على وعلىٰ وٰلِدى وأن أعمل صـٰلِحۭا ترضىٰهُ وأصلِح لِى فِى ذُرِيتِىٓ ۖ إِنِى تُبتُ إِليك وإِنِى مِن ٱلمُسلِمِين
Maksudnya: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
(Surah Al-Ahqaf ayat 15)
3. Doa agar anak dilembutkan hati
Firman ALLAH SWT
ٱللهُ لطِيفۢ بِعِبادِهِۦ يرزُقُ من يشآءُ ۖ وهُو ٱلقوِىُ ٱلعزِيزُ
Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya, ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
(Surah As-Syura ayat 19)
Buat para ibu yang baru menimang cahaya mata, boleh titipkan doa semasa mereka berada di pangkuan. — Gambar hiasan/Freepik
4. Doa anak rajin dan menjaga solat
Firman ALLAH SWT
ربِ ٱجعلنِى مُقِيم ٱلصلوٰةِ ومِن ذُرِيتِى ۚ ربنا وتقبل دُعآءِ
Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
(Surah Ibrahim ayat 40)
5. Doa anak menjadi penyejuk mata
Firman ALLAH SWT
ربنا هب لنا مِن ازواجِنا وذُرِيٰتِنا قُرة اعيُنٍ واجعلنا لِلمُتقِين اِماما
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.”
(Surah Furqan ayat 74)
6. Doa agar anak taat perintah ALLAH
Firman ALLAH SWT
ربنا وٱجعلنا مُسلِمينِ لك ومِن ذُرِيتِنآ أُمةۭ مُسلِمةۭ لك وأرِنا مناسِكنا وتُب علينآ ۖ إِنك أنت ٱلتوابُ ٱلرحِيمُ
Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Baqarah ayat 128)
Doa-doa ini mungkin ringkas, namun besar maknanya jika diamalkan dengan istiqamah.
Semoga setiap doa yang dipanjatkan oleh para ibu menjadi pelindung buat anak-anak di dunia dan akhirat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram