
PERKARA menarik tentang rekaan yang baik selalunya ia bermula apabila seseorang melihat sesuatu dari sudut pandangan baharu dan berbeza.
Itulah dilakukan apabila pakar DIY dan pencipta kandungan, Dalia Emad Aly, melihat kotak bunga Askhomen dari Ikea.
Sebelum ini ramai pihak memaparkan kreativiti hack barangan Ikea, tetapi kebanyakan pengubahsuaian itu lebih kepada menghias semula daripada benar-benar mengubah sesuatu secara menyeluruh.
BACA LAGI: Pakar dedah bagaimana secangkir kopi sehari bawa manfaat bagi wanita pertengahan usia
BACA LAGI: AI ubah rekaan dalaman, seolah-olah faham kehendak, jiwa pemilik kediaman
Bagaimanapun, menukar kotak tanaman menjadi ottoman bergaya dengan ruang simpanan tersembunyi memang di luar jangkaan Livingetc untuk tahun ini.
Pun begitu, projek itu tidak begitu sukar untuk dilakukan. Dalia berkongsi lebih lanjut transformasi kreatif berkenaan.
"Inspirasi datang apabila saya ternampak kotak bunga ini dalam talian dan mendapati bahagian tepinya beralun.
"Saya selalu melihat sesuatu melalui sudut elemen reka bentuk yang boleh diubah suai agar selari dengan trend rekaan dalaman semasa. Pada item ini alunan tersebut memang menyerlah," kata Dalia
Dari situ, hanya perlukan sedikit kerja menggosok (sanding), mewarna kayu, dan memilih fabrik baharu untuk upholsteri.
Secara keseluruhan, ia adalah projek hujung minggu yang mudah.
Langkah demi langkah ditunjukkan untuk mencipta semula meja kopi pintar mengikut Dalia:
1. Gosok permukaan kotak bunga
Walaupun boleh mengecat perabot kayu tanpa menggosok, itu bukan teknik terbaik, terutama jika anda mahu menggunakan pewarna kayu.
"Saya mulakan dengan menggosok semua sisi kotak untuk persiapan pewarna," kata Dalia.
Anda boleh guna mesin penggosok atau sekadar kertas pasir dan jangan lupa air atau bahan rawatan awal sebagai persediaan.
2. Warna kayu
Untuk mendapatkan kemasan kayu gelap yang kaya seperti hasil kerja Dalia, beliau mengesyorkan pewarna kayu tona gelap bersama lapisan akhir pelindung seperti polycrylic.
Jika mahu kesan lebih menyerlah, pertimbangkan untuk mengecat terus kotak bunga itu.
3. Pasang panel belakang
Disebabkan sisi kotak bunga itu diperbuat daripada kayu berjeriji, selepas mewarna.
"Saya cat panel kayu dan potong mengikut saiz untuk ditampal di bahagian dalam supaya ruang simpanan tersembunyi dan luaran nampak seperti satu struktur padu," jelas Dalia.
4. Potong kusyen, balut dengan fabrik
Akhir sekali, tiba masa untuk buat bahagian atas kusyen.
Walaupun nampak rumit, Dalia berkata, potong kusyen mengikut saiz, balut dengan fabrik dan lekatkan dengan stapler perabot (seperti model dari Amazon).
Cabaran terbesar? Pilih fabrik sesuai
"Itu bahagian paling susah sebenarnya," kata Dalia.
"Warna dan fabrik saya pilih secara intuitif. Saya mahukan tona kayu yang dalam dan mewah, jadi saya cari fabrik yang mencerminkan rasa itu sesuatu yang baldu, mewah, tapi tetap ada kontras."
Apabila anda sudah pilih, penting untuk ambil masa semasa membalut bahagian atas kusyen.
"Itulah yang menentukan hasil keseluruhan," jelas Dalia.
"Balutan yang kemas boleh terus buat sesuatu perabot nampak lebih premium."
Akhir sekali, Dalia syorkan menggunakan pelindung fabrik berkualiti seperti Scotchgard Fabric Water Shield supaya perabot kekal kelihatan segar dan bersih. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram