[VIDEO] Aksi heroik wanita Indonesia berjaya selamatkan nyawa jemaah haji terkena serangan jantung


  • Massa
  • Khamis, 05 Jun 2025

Tangkap layar video memaparkan situasi ketika seorang jemaah dari Lebanon (kiri) terkena serangan jantung.

TINDAKAN pantas wanita warga Indonesia membantu seorang jemaah haji lelaki yang terkena serangan jantung ketika menunaikan ibadah baru-baru ini meraih perhatian ramai.

Menerusi video tular di media sosial sejak Khamis, wanita tersebut yang juga merupakan jemaah haji itu bergegas memberi pertolongan kecemasan.

Dalam video sama, jemaah lelaki warga emas berasal dari Lebanon dilihat duduk bersandar di sebuah tiang sambil menahan kesakitan.

BACA LAGI: Pulang rumah hanya seminggu sekali, gadis YouTuber Jepun raih perhatian kongsi aktiviti harian sebagai pemandu lori

BACA LAGI: [VIDEO] 'Struggle' simpan stok, Tya Arifin pecah tangis, kecewa lepas tengok susu badan rosak ketika pulang dari London

 

 

Tanpa ragu, wanita bernama Rachmawaty Ahmadi terus menghampirinya dan menepuk lengan dan mengurut tangan jemaah berkenaan.

Menurutnya, jemaah tersebut mengalami serangan jantung dan menangis menahan sakit.

"Dengan bacakan Bismillah, saya cuba apa yang saya tahu dan pernah baca. Alhamdulillah jemaah tersebut sihat dan boleh kembali solat," tulisnya di akaun instagramnya.

Jemaah itu juga kemudiannya diberikan air oleh beberapa jemaah lain yang berada di kawasan berkenaan.

Rata-rata warga maya yang menonton video itu memuji tindakan Rachmawaty kerana melakukan urutan yang mampu melancarkan aliran darah ke otak. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram