
TIDAK hanya menyerlah dalam dunia lakonan, pelakon jelita, Shazia Rozaini juga tampil menonjol dengan gaya fesyennya yang tersendiri.
Mengangkat kreativiti sebagai asas penampilan, Shazia gemar bereksperimen dan mencipta sendiri padanan busana yang unik serta mengikut cita rasanya.
"Kalau ada majlis, saya suka gayakan pakaian mengikut tema. Saya sukakan potongan oversize, berlapis dan selesa tetapi tak terlalu expose," katanya kepada kepada Majoriti pada Majlis Malam Gala & Tayangan Perdana filem Gantung Musketeer Code di Kuala Lumpur, Rabu.
BACA LAGI: Elak bayi kena komplikasi batuk kokol, KKM tawar vaksin Tdap percuma buat wanita hamil
BACA LAGI: Nak beli rumah pertama? Ketahui 10 tip ini untuk elak tersilap langkah dan menyesal di kemudian hari
Penampilan Shazia ketika menghadiri Majlis Malam Gala & Tayangan Perdana filem Gantung Musketeer Code di Kuala Lumpur, Rabu.
Menariknya, Shazia juga mempunyai bakat melukis dan sering melakar sendiri rekaan pakaian yang ingin digayakan agar penampilannya unik daripada kebiasaan.
"Saya suka mix and match. Kadang-kadang stail itu menjadi, kadang-kadang tidak. Tapi seronok cipta gaya sendiri.
"Saya ada kawan-kawan yang juga pereka fesyen, jadi kadang-kadang saya lukis, saya tunjuk dan mereka akan realisasikan rekaan tu,” katanya.
Antara pereka menjadi pilihannya ialah duo terkenal Rizman Ruzaini, disifatkan sebagai mewakili gaya yang kemas, bersih dan teratur.
Shazia juga meminati sentuhan kreatif Tym Fatimah, yang menurutnya memberi inspirasi dari segi keberanian mengolah gaya.
Tidak hanya pada pakaian, Shazia turut bersikap terbuka terhadap aksesori termasuk beg tangan.
Baginya, jenama atau tempat pengeluaran bukan ukuran utama.
“Kalau beg dari China pun saya tak kisah. Asalkan cantik, sesuai dengan majlis dan bajet, saya okey saja. Yang penting, keseluruhan penampilan nampak seimbang," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram