Alia Bhatt sapu tanah liat pada kulit berminyak? 'Skincare DIY' bintang Bollywood guna bahan murah, sesiapa pun boleh buat sendiri di rumah


  • Gaya
  • Isnin, 26 Mei 2025

(Dari kiri) Alia Bhatt, Priyanka Chopra dan Kareena Kapoor masih memilih untuk mengamalkan rutin kecantikan menggunakan bahan semula jadi.

TREND menggunakan bahan semula jadi untuk penjagaan kulit sendiri di rumah kini kembali popular.

Walaupun kita semua suka memanjakan diri di spa, rawatan kecantikan di rumah lebih mudah dan cepat, terutamanya apabila masa tidak mengizinkan.

Selebriti Bollywood juga nampaknya bersetuju dengan mangamalkan kecantikan menggunakan bahan semual jadi!

Dari ramuan yogurt dan kunyit kegemaran Priyanka Chopra Jonas hinggalah kepada penggunaan minyak kelapa oleh Sonam Kapoor Ahuja, bahan-bahan asas dapur memang menjadi pilihan ramai selebriti terkenal.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Gelaran boleh berubah, maruah tidak', wanita sebak terserempak bekas guru besar kutip kotak pada usia 81 tahun

BACA LAGI: [VIDEO] 'Muda dulu sibuk kerja', bekas guru usia 82 tahun aktif sertai kelas tarian, pasukan sorak

Berikut adalah bahan DIY penjagaan kulit yang mereka amalkan:

Priyanka setia dengan masker yogurt, oat dan kunyit demi menjaga kulit. — Instagram selebriti

1. Priyanka Chopra Jonas cerahkan kulit guna yogurt

Walaupun Priyanka selalu berulang-alik antara benua, beliau tetap bawa satu rahsia kecantikan ke mana-mana iaitu masker muka yogurt buatan sendiri untuk mencerahkan kulit.

“Saya campurkan yogurt dan oat yang masing-masing satu sehingga dua sudu besar dengan kunyit satu sehingga dua sudu teh.

Sapukan pada muka, biar selama 30 minit, kemudian bilas dengan air suam. Yogurt bantu cerahkan kulit dan hilangkan kusam," kongsinya dalam temu bual bersama agensi.

Sonam percaya pada manfaat minyak kelapa bukan saja untuk rambut, tetapi juga sebagai rahsia kecantikan wajahnya. — Instagram selebriti

2. Sonam Kapoor Ahuja tidak hanya guna minyak kelapa untuk rambut

Minyak kelapa memang biasa digunakan untuk urutan rambut, tapi Sonam juga gunakannya dalam rutin kecantikan.

Dalam satu video bersama agensi, beliau berkongsi bahawa minyak kelapa juga digunakan sebelum memakai gincu.

“Ia menjadikan gincu lebih mudah disapu. Kadang-kadang saya sapu pada kening dan kelopak mata juga," ujarnya.

Kareena Kapoor Khan tampil berseri dengan kulit sihat hasil madu sebagai rawatan muka semula jadi. — Instagram selebriti

3. Kareena Kapoor Khan guna madu rawat wajah

Walaupun Kareena boleh mendapatkan rawatan kecantikan terbaik, beliau tetap memilih rawatan semula jadi di rumah.

Semasa pandemik, beliau kerap guna masker cendana. Pun begitu, salah satu bahan semula jadi kegemarannya ialah madu.

Menurut beliau, madu merupakan rawatan terbaik di rumah kerana ia membersihkan serta melembutkan kulit.

Beliau akan menyapu lapisan nipis madu, mengurut muka selama beberapa minit dan kemudian membilasnya.

Multani mitti jadi pilihan utama Alia untuk segarkan kulit secara semula jadi. — Instagram selebriti

4. Alia Bhatt sapu tanah liat pada kulit berminyak

Alia lebih suka rutin penjagaan kulit yang ringkas.

Beliau percaya bahawa kulit perlu dibiarkan ‘bernafas’ dan terlalu banyak produk hanya akan mengelirukan kulit.

Namun, terdapat satu bahan yang beliau sering gunakan iaitu multani mitti (tanah liat India).

Beliau menggunakan masker ini untuk menyegarkan kulit, terutamanya apabila cuaca panas.

Ia sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak atau mudah berjerawat.

Madhuri Dixit kekal berseri di usia 50-an dengan petua dapur seperti campuran besan, madu dan jus lemon sebagai rahsia kulit awet muda.— Instagram selebriti

5. Tepung kacang rahsia Madhuri Dixit-Nene naik seri

Walaupun telah berusia 57 tahun, kulit Madhuri tetap kelihatan berseri. Salah satu rahsia beliau ialah penggunaan tepung kacang.

Dalam satu temu bual bersama agensi, beliau berkongsi bahawa campuran besan, madu dan jus lemon sangat berkesan untuk kulit.

Selain itu, beliau juga gemar merendam hirisan timun dalam susu dan menyapunya pada muka sebagai rawatan semula jadi kegemarannya.

Terbaharu Majoriti melaporkan, pelakon utama filem Dil To Pagal Hai itu masih mengamalkan rutin kecantikan semula jadi dengan menggunakan timun dan susu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram