'Tiada lagi husbento, kidsbento sahaja', isteri ditinggal suami walau setiap hari gigih bekalkan makanan


  • Massa
  • Ahad, 25 Mei 2025

Suri terkenal menerusi video konten harian yang memperlihatkan dirinya menyiapkan bekal bukan sahaja untuk anak-anak, malah untuk suaminya. — TikTok/@suri.diary

'NO more husbento. Kidsbento sahaja lepas ni.'

Demikian luah seorang wanita dikenali sebagai Suri menerusi TikToknya selepas mendedahkan perkahwinannya sudah berakhir walaupun setiap hari menyediakan bekal makanan untuk suami dan anak-anak.

Suri sebelum ini dikenali menerusi video konten harian yang memperlihatkan dirinya menyiapkan bekal bukan sahaja untuk anak-anak, malah untuk suaminya.

Namun baru-baru ini, wanita tersebut memuat naik video yang mengejutkan ramai pengikutnya.

BACA LAGI: Ingin dihormati ramai? Ini 4 perkara yang anda perlu amalkan, jangan 'skip' tabiat nombor 2!

BACA LAGI: Walaupun gaun mencolok mata sudah diharamkan, penampilan bintang filem di karpet merah Cannes terus menyerlah

Video berkenaan memaparkan keadaan dalam rumahnya sebelum ditinggalkan untuk meneruskan kehidupan baharunya bersama tiga orang cahaya matanya.

"Selamat tinggal rumah, mulakan hidup baru kita empat beranak," tulisnya dalam hantaran video itu.

Perkongsian tersebut turut mengundang simpati daripada warga maya. Tidak kurang juga yang memberikan kata-kata semangat untuk wanita tersebut.

“Ruginya si bekas suami. Pilih kaca dari permata. Sayangnya keluarga ini, anak kecil-kecil lagi. Semoga semua baik-baik untuk Suri dan anak-anak," ujar @emilysh.

“Di mana ayat ‘ikat suami dengan air tangan isteri’? Di mana?," kata @Syahida Eida.

“Nampak tak wanita. Ini sediakan bento, siap lahirkan anak tapi tetap tidak dihargai. Saya doakan awak dan anak-anak sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki," komen @cikreader.

“Semoga kuat. Selalu tengok awak sediakan bekal. Patut lama juga menyepi. Doa saya semoga dipermudah segala urusan awak dan anak-anak," kata @yuziemekael.

“Lega apabila tengok seorang isteri berani melangkah keluar dari perhubungan toksik. Percayalah, sangat tenang dan aman mental lepas ni. Janji jangan patah balik. Terus melangkah bahagia dengan anak-anak," ujar @nikkiabdul. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram