Dahulu membesar di hutan, kini terbang tinggi, wanita Orang Asli cipta sejarah dalam dunia penerbangan


  • Sukses
  • Jumaat, 23 Mei 2025

Wak Elizabeth dengan pesawat mikrolight Pegasus Quantum di Lima'25.

DI bawah terik matahari di kawasan pameran pesawat statik sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25), seorang wanita muda tinggi kelihatan sedang membersihkan sebuah pesawat microlight dengan teliti.

Wak Elizabeth Tan Say Hong, 19 , dengan senyuman ceriamya menerangkan tentang ciri-ciri pesawat kecil itu serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh sebuah syarikat penerbangan ringan, Flytrike.

Namun, beliau bukanlah pekerja biasa, beliau juga salah seorang juruterbang syarikat berkenaan.

BACA LAGI: Jangan hanya mencari kekurangan isteri, tanya juga pada diri sendiri, 'Sudahkah aku menjadi suami yang baik buatnya?

BACA LAGI: Satu-satunya menantu perempuan, aktres Hong Kong terima hadiah lebih RM1.1 bilion dari bapa mentua

Lebih istimewa, Wak Elizabeth berasal daripada suku kaum Semai di Cameron Highlands, Kuantan, Pahang.

“Saya tak pernah terfikir nak jadi juruterbang. Tapi ayah saya selalu impikan jadi juruterbang dan itu yang buat saya berminat,” katanya.

Minat Wak Elizabeth terhadap penerbangan bermula selepas beliau mencuba sukan paragliding selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kerjaya saya bermula dengan syarikat penerbangan ringan, Flytrike yang menawarkan perkhidmatan tandem. Saya berlatih dengan mereka sehingga dapat terbang solo buat pertama kali dan kini sedang menjalani latihan tandem,” katanya.

Beliau berkata, syarat untuk menjadi juruterbang microlight adalah mudah sihat tubuh badan, tidak buta warna dan mempunyai kaki yang cukup panjang untuk mencapai pengawal throttle.

Anak kedua daripada empat beradik ini juga berharap dapat memberi inspirasi kepada komuniti Orang Asli untuk mengejar impian mereka.

“Ibu saya Orang Asli dari Batu 17, Jalan Tapah di Cameron Highlands. Beliau dibesarkan di dalam hutan tanpa internet atau peti sejuk. Selepas berkahwin dengan ayah saya yang berbangsa Cina, mereka berpindah ke Petaling Jaya, Selangor.

“Untuk berjaya, tiada yang mustahil, tidak kira dari mana asal atau latar belakang,” katanya sambil menambah bahawa kini sedang mengumpul jam penerbangan yang diperlukan untuk layak mendapatkan lesen juruterbang penuh.

Kata wanita itu lagi, beliau sangat teruja dapat berada di LIMA'25 buat pertama kali, terutama dapat melihat pesawat dan helikopter dari pelbagai negara dengan dekat di atas landasan.

Menceritakan tentang microlight yang dipandunya, Pegasus Quantum seberat 409 kilogram (kg), Wak Elizabeth berkata, pesawat itu boleh memuatkan dua orang dan memberikan pengalaman terbang yang berbeza berbanding pesawat biasa.

“Sistem kawalan microlight ini unik tekan ke depan untuk naik, tarik ke belakang untuk turun. Reka bentuk terbukanya beri pengalaman terbang yang lebih nyata. Boleh rasa angin dan persekitaran secara langsung, bukan tengok dari tingkap kecil pesawat komersial,” katanya.

LIMA'25 yang berlangsung dari 20 hingga 24 Mei di Langkawi adalah pameran maritim dan aeroangkasa terbesar di Asia Tenggara sejak mula dianjurkan pada 1991. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram