Lisa Blackpink curi tumpuan ketika hadir menyerikan acara perhiasan mewah terkenal di Itali


  • Gaya
  • Rabu, 21 Mei 2025

Majlis pelancaran koleksi terbaharu Bvlgari diserikan dengan kehadiran Lisa yang juga duta kepada jenama tersebut. — Bvlgari

BVLGARI sekali lagi mencipta sejarah dunia perhiasan mewah selepas melancarkan koleksi terbaharunya, Polychroma dalam satu pertunjukan luar biasa di Teater Greek Taormina, Sicily, Itali.

Acara eksklusif itu menampilkan lebih 600 ciptaan perhiasan dan jam tangan mewah, termasuk 60 barangan bernilai jutaan euro, sekali gus merekodkan jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan oleh jenama Itali ini.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal dari seluruh dunia termasuk duta global jenama tersebut iaitu anggota kumpulan K-Pop Blackpink, Lisa Manoban.

BACA LAGI: Sering 'jual' kebaikan, tidak konsisten, antara 7 kriteria individu pura-pura baik, jangan mudah terpedaya!

BACA LAGI: Pandu Puteri bergiat seiring peredaran teknologi, kekal beretika — Raja Permaisuri Agong

Antara perhiasan koleksi Polychroma oleh Bvlgari. — Bvlgari

Lisa mencuri tumpuan malam itu dengan mengenakan gaun off-shoulder putih perincian sulam yang direka oleh Krikor Jabotian, diserikan lagi lengan kembang rona kuning.

Sebagai duta Bvlgari, semestinya penampilan beliau dipadankan dengan perhiasan Polychroma yang direka khas untuk mencerminkan kepelbagaian warna dan hiasan.

Pelantun lagi Rockstar itu memakai rantai dan gelang Serpenti berlian dipadankan dengan cincin berlian kuning.

Turut hadir ialah barisan duta lain seperti pelakon Bollywood, Priyanka Chopra Jonas, Viola Davis, Liu Yifei termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Bvlgari, Jean-Christophe Babin. 

Bvlgari turut memperkenalkan teknologi baharu dalam dunia barang kemas iaitu Connected Jewelry yang membolehkan pembeli mengimbas barangan mewah untuk mengetahui asal-usul dan keunikan setiap rekaannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram