
CANNES 2025 kini bermula secara rasmi! Festival filem terkenal dunia ini kembali lagi dengan segala kemilau, kemewahan dan barang kemas yang menakjubkan.
Pada malam pembukaan yang berlangsung pada 13 Mei lalu, permaidani merah bersinar dengan subang besar, cincin dan rantai leher mewah yang mencuri tumpuan ramai.
Dari rantai mewah sehingga jam tangan yang memukau daripada jenama legenda seperti Chopard dan Pomellato, Cannes sekali lagi menjadi pentas utama untuk koleksi barang kemas mewah paling mengagumkan tahun ini.
Jom kita lihat barangan kemas di permaidani merah yang membuat semua orang terpukau.
Isabeli Fontana
Isabeli Fontana meneruskan kerjasama gemilangnya dengan pereka Elsa Jin.
Model terkenal ini sekali lagi memilih rekaan Elsa Jin untuk majlis pembukaan kali ini dengan kerongsang 'Women' yang memukau, gabungan zamrud, berlian, dan kelopak titanium yang diukir indah.
Eva Longoria
Pelakon Desperate Housewives ini kembali menyerlah di French Riviera.
Eva Longoria tampil anggun dengan set barang kemas dari Pasquale Bruni seperti rantai, subang dan cincin daripada emas ros 18 karat, berkilau dengan berlian putih dan berlian ‘champagne’.
Julia Garner
Kali ini Julia Garner tampil mengejutkan selepas beliau memilih untuk meninggalkan Cartier dan memilih barang kemas jenama lain.
Beliau memadankan gaun Gucci berwarna coklatnya dengan subang morganite dari koleksi Pasquale Bruni Ghirlanda
Atelier yang diperbuat daripada emas putih 18K dihiasi berlian putih dan kelabu serta cincin unik Vento Atelier.
Ternyata gabungan merah jambu dan coklat sangat cantik dipadankan.
Alessandra Ambrosio
Model ini membawa ‘drama’ permata sebenar di permaidani merah dengan koleksi terbaharu Pomellato Asimmetrico yang bakal dilancarkan Jun ini.
Beliau menggayakan set rantai dan cincin tanzanite, batu besar berwarna biru-ungu di lehernya yang memiliki berat 55.96 karat, sekali gus menjadi simbolik kemewahan.
Bella Hadid
Sebagai duta jenama Chopard, penampilan Bella Hadid memang dinanti-nantikan dan beliau tidak mengecewakan.
Beliau mencuri perhatian dengan subang zamrud seberat 119 karat yang dihiasi berlian.
Penampilannya dilengkapkan dengan dua cincin berlian, termasuk satu berbentuk hati.
Shanina Shaik
Berlian sememangnya sahabat baik wanita dan Shanina Shaik membuktikannya.
Beliau melangkah ke permaidani merah dengan set berlian klasik daripada Hassanzadeh Jewelry.
Penampilan beliau sangat anggun, berseri dan sukar dilupakan.
Irina Shayk
Subang yang digayakan Irina Shayk antara momen yan tidak boleh terlepas daripada pandangan.
Saiznya yang besar, dramatik dan cukup menyerlah tanpa perlu aksesori lain.
Beliau memakai subang 60 karat berbentuk titisan berwarna coklat kekuningan, bertatahkan berlian putih tujuh karat.
67 karat untuk setiap telinga? Sememangnya satu gaya mewah yang luar biasa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram