TUDUNG adalah tuntunan agama dan bagi kebanyakan wanita hari ini, ia adalah sebahagian daripada identiti, gaya hidup serta personaliti.
Setiap helaian hijab yang disarung mempunyai cerita tersendiri.
Dalam temu bual ringkas bersama lima wanita dengan cita rasa berbeza, Majoriti dedahkan jenama-jenama tudung yang menjadi pilihan mereka, daripada jenama mewah luar negara hinggalah ke tudung pasar malam.
BACA LAGI: Cassie akhirnya buka mulut, dedah keganasan P. Diddy di mahkamah
BACA LAGI: [VIDEO] Kek 'home made' Kak Dack punya aura air tangan magis, lebih premium

Aqilah (kiri) dan Illya masing-masin mempunyai pilihan jenama tudung sendiri. — Instagram/@aqilahazween & @illyalily
Bagi Aqilah Azween, beliau memilih untuk bergaya mengikut suasana.
Katanya, tiga jenama utama yang sering menjadi pilihannya adalah Covered Scarf, Guzel dan Swan Heritage.
Walaupun tidak bergantung kepada tutorial atau penggayaan selebriti, dia lebih suka eksperimen dengan gaya sendiri yang dianggap lebih selesa tetapi semakin cuba tampil lebih kemas sejak kebelakangan ini.
"Saya jarang melihat tutorial untuk menggayakan tudung sebab kebanyakannya tidak sesuai dengan bentuk muka saya. Sya suka kekalkan gaya peribadi saya," katanya yang juga lebih gemar memilih tanpa sebarang motif corak.
Berbeza pula dengan Illya Lily yang tidak terlalu terikat dengan jenama.
Namun, jika diberi pilihan, beliau memilih jenama seperti dUck, Alhumaira dan Elzaritha.
"Kalau nak rasa mewah selalunya saya pakai dUck Scarves dan Alhumaira. Kalau tudung yang memudahkan, saya suka Elzaritha," kongsinya.
Beliau juga tidak menolak untuk mengenakan tudung yang dibeli menerusi talian seperti TikTok.
Bertanyakan tentang jenis tudung yang menjadi pilihannya, beliau lebih gemar memakai shawl.
"Saya lebih suka shawl tetapi sejak akhir-akhir ini, saya cuba untuk perbanyakkan lagi pakai bawal sebab saya nak semua jenis tudung sesuai dengan saya," ujarnya.

Guzel (kiri) dan Ameera Zaini antara jenama yang menjadi kegemaran golongan wanita berhijab. — Instagram
Azwani Mustafa pula memilih pendekatan lebih fleksibel dan terbuka.
Menurutnya, beliau banyak memakai tudung dari jenama Zoe Arissa dan juga tudung yang dijual menerusi talian serta pasar malam
"Kebiasaannya, saya tidak memakai tudung dari jenama-jenama besar. Saya selalu beli dekat TikTok dan juga di pasar malam," kata Azwani.
Sama seperti Aqilah, gaya pilihannya banyak bergantung kepada mood dan acara.
“Saya tak ada inspirasi. Kadang nak bergaya kemas, kadang nak nampak santai, ikut angin hari mood saya,” katanya bersahaja.
Sementara itu, Darwisyah Khair tampil dengan pilihan lain daripada lain dengan memilih jenama Vela Scarves dari Amerika Syarikat (AS).
Pertama kali tertarik dengan rekaan yang diperagakan oleh model hijab, beliau terus jatuh hati dan kini menjadikannya pilihan utama.
"Jenama kegemaran saya sekarang ialah Vela Scarves. Saya cuba pakai sekali tetapi ia tidak terhenti di situ," katanya yang juga gemar memakai koleksi daripada Tudung People.
Beliau juga menjadikan seorang pempengaruh dari Indonesia, Sashfir, sebagai inspirasi penggayaan hijab.
Shahirah berkongsi minat terhadap tudung jenama Harirose, Tudung Ruffle dan Ameera Zaini.
Gaya hariannya lebih kepada tudung bawal, tetapi untuk acara istimewa, beliau akan tampil dengan rekaan lebih unik.
Senada dengan Darwisyah, beliau juga mendapat inspirasi dari gaya hijabi Indonesia yang menurutnya lebih mudah dan versatil.
"Saya tidak ada figura spesifik tapi saya suka tengok kandungan fesyen dari Indonesia sebab mereka punya gaya tampak lebih mudah," ujarnya — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
