Majoriti tamat operasi 31 Januari


  • Berita
  • Sabtu, 31 Jan 2026

Portal Majoriti akan menamatkan operasinya berkuat kuasa 31 Januari 2026.

SEBAGAI sebahagian daripada inisiatif penstrukturan strategik dan perancangan jangka panjang Kumpulan, Portal Majoriti akan menamatkan operasinya berkuat kuasa 31 Januari 2026.

Keputusan ini diambil bagi membolehkan penumpuan sumber dan usaha yang lebih berkesan ke atas platform-platform lain, selaras dengan strategi untuk memperkukuh serta mengoptimumkan kedudukan jenama sedia ada.

Pembaca boleh terus menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kandungan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan berterusan para pembaca sepanjang tempoh operasi Portal Majoriti. — Majoriti