Bufet istimewa ‘Destinasi Rasa Serantau’, nikmati durian 'free-flow', sajian tradisi Malaysia di Sofitel KL Damansara


  • Bizz
  • Khamis, 29 Jan 2026

Hidangan-hidangan istimewa ini bakal mencuri tumpuan di bufet 'Destinasi Rasa Serantau' di Sofitel KL Damansara.

MENJELANG bulan penuh keberkatan, waktu malam bukan sekadar untuk menjamu selera tetapi menjadi saat untuk memperlahankan langkah, bermuhasabah dan menikmati kebersamaan. 

Inilah pengalaman yang ingin dihidangkan oleh Sofitel Kuala Lumpur Damansara menerusi bufet istimewa ‘Destinasi Rasa Serantau’ di restoran sajian sepanjang hari mereka, Kwee Zeen bermula 19 Februari hingga 19 Mac 2026.

Bufet tersebut mengajak para tetamu berkongsi meja dan meraikan semangat Ramadan melalui perjalanan rasa yang sarat dengan warisan, kenangan dan citarasa tempatan dari seluruh Malaysia.

BACA LAGI: ‘Tiada ribut kekal selamanya’, Holgado tarik nafas lega penggantungan ditangguhkan

BACA LAGI: Masih Perak di hati, Wan Zack tinggalkan Penang demi kelab lama

Antara hidangan yang menarik bakal menjadi tumpuan di Sofitel Kuala Lumpur Damansara menerusi bufet istimewa ‘Destinasi Rasa Serantau’.

Teraju utama ‘Destinasi Rasa Serantau’ adalah hasil sentuhan 14 orang cef dengan 14 inspirasi kampung halaman setiap satu mengangkat kisah dan rasa unik dari pelbagai negeri.

Sajian yang pasti mencuri tumpuan ialah Rendang Daging dibalut dengan pastri keemasan rangup paduan rempah ratus kaya dan rasa yang dimasak perlahan membuatkan setiap suapan satu pengalaman istimewa yang ditawarkan bermula Jumaat hingga Ahad.

Sorotan tahun ini menampilkan hidangan istimewa daripada Chef de Cuisine, Chef Hamizan, antaranya Asam Pedas Peranakan Ekor Lembu (Melaka), Peha Lembu Bakar Bumbu Minangkabau (Negeri Sembilan), Kambing Golek Bumbu Jawa (Selangor), Udang Galah Masak Diraja (Kuala Lumpur) dan Nasi Dagang Ikan Tongkol (Terengganu).

Sajian menarik yang menjadi tarikan utama bufet ‘Destinasi Rasa Serantau’ di Sofitel KL Damansara.

Turut tidak ketinggalan, deretan hidangan serantau lain yang pasti membangkitkan selera seperti Ketupat Sotong Sumbat Ubi Keledek (Kelantan), Patin Masak Lemak Tempoyak (Pahang), Nasi Biryani Gam Berlauk (Johor), Popiah Basah Aneka Makanan Laut (Wilayah Persekutuan), Rendang Tok Rusuk Lembu Angus (Perak), Gulai Tiga Beradik (Kedah), Nyonya Mee Udang Galah (Pulau Pinang), Ikan Bakar Kampung (Perlis), Ayam Dara Pansuh (Sarawak) dan Kerabu Makanan Laut (Sabah).

Pencuci mulut pula melengkapkan pengalaman dengan pilihan manisan tempatan dan antarabangsa yang sukar untuk dilepaskan.

Buat peminat durian, inilah bahagian yang paling dinanti. Setiap Jumaat hingga Ahad, tetamu bufet boleh singgah ke Stesen Durian di Le Bar Terrace bermula pukul 7.00 malam hingga 9.30 malam untuk menikmati durian free-flow percuma sebagai sebahagian daripada pengalaman bufet.

Peluang tersebut sememangnya rare apabila boleh menikmati Raja Buah sepuas hati dalam suasana santai dan berkonsepkan komuniti.

Tetamu bufet boleh singgah ke Stesen Durian di Le Bar Terrace. 

Bufet Makan Malam ‘Destinasi Rasa Serantau’ ditawarkan bermula 19 Februari hingga 19 Mac 2026, dengan harga RM228+ seorang (Isnin hingga Khamis) dan RM248+ seorang (Jumaat hingga Ahad).

Kanak-kanak berumur tujuh hingga 11 tahun dikenakan separuh harga, manakala kanak-kanak bawah enam tahun boleh makan secara percuma.

Hamper istimewa turut ditawarkan bermula RM268+ seunit, dengan tempahan awal disyorkan untuk pesanan pukal.

Menutup tirai Ramadan, Raya Open House Kwee Zeen akan berlangsung bermula 20 hingga 22 Mac 2026, dengan Raya Brunch pada harga RM138+ dan Raya Dinner pada RM228+ seorang (kanak-kanak 7–11 tahun separuh harga dan bawah enam tahun percuma).

Pilihan dessert menarik yang menjadi tarikan utama di restoran Kwee Zeen.

Sebagai ganjaran awal, diskaun awal 30 peratus ditawarkan untuk pengalaman makan Ramadan dan Raya bagi tempahan sebelum 19 Februari 2026 tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi [email protected] atau [email protected], telefon +603 2720 6688 atau WhatsApp +6017 511 7725.

Kalau rindu rasa kampung, suasana hangat dan meja yang menyatukan semua dengan ‘Destinasi Rasa Serantau’ memang destinasi yang wajib singgah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram