Tambang komuter percuma 2 hari sempena Thaipusam, babit kos hampir RM1 juta


  • Massa
  • Selasa, 20 Jan 2026

KTMB tawar komuter percuma selama dua hari sempena sambutan Thaipusam pada 31 Januari dan 1 Februari. — Facebook

 

 

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan komuter selama dua hari sempena sambutan Thaipusam pada 31 Januari dan 1 Februari ini, lapor Berita Harian.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif itu melibatkan kos hampir RM1 juta dan bertujuan menjadikan sambutan Thaipusam lebih bermakna terutamanya kepada penganut agama Hindu.

“Tambang percuma ini akan bermula dari 12 tengah malam sehingga 11.59 malam, dengan mekanisme imbasan keluar (check-out) melalui pintu automatik (ACG),” katanya pada sidang media di Aras 2, KL Sentral, Kuala Lumpur pada Selasa.

BACA LAGI: Bung Moktar bebas kes rasuah RM2.8 juta, tuduhan terhadap Zizie Izette kekal

BACA LAGI: Permintaan ibu bapa, pendidik dorong kaji semula UPSR-PT3 — Fadhlina Sidek

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (dua kiri). Facebook

Anthony Loke menjangkakan, bagi tempoh dua hari berkenaan, kapasiti perkhidmatan komuter akan penuh.

Beliau berkata, unjuran sehingga 450,000 penumpang dijangka menggunakan perkhidmatan KTMB untuk berulang-alik ke Batu Caves.

“Ini adalah peluang terbaik untuk memudahkan perjalanan orang ramai dan menjadikan sambutan Thaipusam lebih selesa dan teratur,” tambah beliau. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram